20 January 2012

Piala Presiden 2012



Dengan 127 regu berdaftar untuk 4 kategori, 2012 membuka tirai kejohanan besar sepaktakraw dengan Piala Presiden 2012. Bertempat di MSN Keramat, kejohanan ini bakal menjadi pengukur kepada prestasi skuad PSM yang bakal ke Palembang untuk ISTAF Super Series nanti. Adakah gandingan Norshahrudin, Farhan dan Fazil atau Tengku, Hanafiah dan Kontang mampu mengisi slot perlawanan akhir? Sama - sama kita saksikan nanti.

Saya juga bakal beraksi dengan Media A yang mana akan berentap dengan Selangor A dan INFRATEL D. Saya akan bergandingan dengan ketua pasukan Media Malaysia iaitu Izzudin dan apit kanan saya ialah Manja - salah seorang pemain berketurunan Orang Asal yang aktif bermain sepaktakraw. Kejohanan ini akan menjadi medan tertinggi saya beraksi di posisi tekong. Saksikan aksi kami pada Ahad dan Isnin ini.

Anda boleh meneliti senarai pasukan bersaing dan jadual perlawanan dengan klik di sini

1 comment:

  1. Gud luck saudara!Kalau dapat rakamlah aksi anda..

    ReplyDelete