Foto oleh Luqman Mohd Yusop
Todi???? Bukan air mabuk yang India suka minum tu ke?
Ayat di atas adalah soalan yang selalu di tanya pada saya apabila saya mengungkapkan perlawanan sepaktakraw di Melaka. Sebagaimana di Lembah Kelang ia dipanggil Liga Tengkorak atau Rojak, Todi ialah perlawanan sepaktakraw yang bersifat undian terbuka dalam memilih regu untuk bersaing dengan hadiah berupa wang tunai hasil kutipan setiap kepala yang menyertainya atau ada hadiah tambahan seperti hamper dan sebagainya.
Tekong gelanggang sebelah sana ialah Zam - Bakat muda yang harus diberi perhatian
Minggu lalu saya di Kuala Linggi bagi mengendalikan satu program Team Building bersama LPPKN dan kebetulan pengendali Sepaktakraw.my iaitu saudara Rusdy Ahmad tinggal berdekatan lokasi program saya mengajak ke Londang, untuk menyaksikan Todi anjuran Abg Jas dan gelanggang Kampung Londang.
Abang Jas - orang kuat Kampung Londang
Sesampai saya di sana, perlawanan terhenti seketika kerana seorang pemain tercedera, kemungkinan tangannya patah akibat jatuhan selepas melakukan libasan. Sebanyak 6 regu bersaing dan saya amat tertarik dengan gelanggang ini kerana suasananya! Dikelilingi rumah kampung tradisi Melaka dan pohon - pohon rambutan yang sedang lebat berbuah.
Lukman (kuning) bertugas di MARDI
Baik permainannya
Masran, apit kanan sensasi PDRM dan adiknya Shafiq juga diberitakan pernah beraksi di sini. Malah saya lihat pemain yang beraksi juga tidak kurang hebatnya. Zam, tekong berusia 17 yang bermain untuk Sekolah Sukan Bandar Penawar juga beraksi disini.
Tonton rakaman yang sempat saya buatkan untuk anda.
Saudara Mohsen,nanti dtg lah ke Sabah,dekat sini pun ramai juga bakat muda seperti aku sndri..hehe
ReplyDeleteKalau ada rezki insyallah
ReplyDeleteDah tengok video tu,kurang padu lah backstroke dorang,
ReplyDelete