04 January 2012

Ulasan Produk - Kasut Pallas Jazz

Ulasan produk kali ini mengenai sejenis kasut yang sangat jarang digunakan untuk bermain sepaktakraw. Ia adalah PALLAS JAZZ

Sekali pandang macam Warrior tapak merah


Saya mulanya terbeli kasut ini kerana terdesak seab tertinggal kasut untuk satu perlawanan persahabatan. Mulanya saya menyangkakan saya memegang kasut Warrior tetapi setelah dibelek baru saya perasan potongannya hampir saya tetapi saya rasa kasut ini lebih sedap dari Warrior.

Jalur depannya yang berbeza dengan Warrior

Kainnya yang lembut serta tapaknya yang sedikit berat berbanding Warrior membuatkan saya cepat selesa dengan kasut ini. Bahagian kolarnya pula yang sedikit tinggi memberi rasa pegangan di pergelangan kaki. Selain itu tapaknya mempunyai cengkaman yang baik serta memiliki daya tahan tinggi berbanding Warrior.

Dalamnya mirip Warrior

Tapaknya yang lebih melekap dari Warrior

Dikilangkan di Pulau Pinang



Satu perkara yang saya perhatikan dengan kasut ini ialah ia membantu pemain melakukan teknik sudu dengan baik dan mudah. Permukaan atasnya yang sedikit melengkung hanya memerlukan sedikit cungkilan untuk menyudu  bola ke atas. Selain itu, servis juga boleh dilakukan dengan baik kerana bahagian kekuda dalamnya yang luas malah servis kuda juga sedap di sepak dengan kasut ini.




Selepas menggunakannya lebih 2 bulan, saya lihat kasut ini kurang terjejas walaupun saya bermain dipermukaan yang pelbagai. Malah sewaktu beraksi sebagai Killer juga kasut ini cukup sedap digunapakai. Lenturannya memudahkan saya menyusun bole kepelbagai sudut.

Bahagian hadapan tidak terjejas


Secara keseluruhan, saya merasakan Pallas Jazz ini lebih baik berbanding Nan Yang atau Breaker. Ini adalah kerana ia tidak perlu diguna lama untuk diserasikan dengan kaki anda. Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment