27 February 2012

Video Sepaktakraw - Kulim Open 2012

Saya belum mahu mengulas mengenai kekalahan skuad negara semalam kepada Thailand. Tetapi saya ingin kongsikan rangkuman rakaman video Kulim Open 2011 yang telah disediakan oleh paparazzi Bolarotan iaitu saudara Khairul Faiezin.

Akhir - MPSJ v Langkawi




INFRATEL v Langkawi

Ada lagi yang bakal menyusul

Kuiz Bolarotan.com - Pallas Soalan ke 2


Soalan kuiz yang kedua:

Berapakah lubang yang terdapat pada sebiji bola sepaktakraw

23 February 2012

Kuiz Bolarotan.com tajaan Pallas - Pemenang Soalan pertama

Tahniah kepada saudara Afham Ishak kerana berjaya menjawab dengan betul soalan yang diberikan!
Jawapan bagi soalan pertama ialah Southern Rubber Works Sdn Bhd

Beliau bakal menerima satu kupon untuk tiket 2 orang menonton satu filem di GSC IOI Mall Puchong untuk apa saja tajuk filem dan masa yang di inginkan dari tarikh 8 mac 2012 hingga 21 Mac 2012!

Soalan Kuiz Bolarotan.com - Pallas : Soalan pertama

Apakah nama syarikat yang memiliki hak ke atas produk Pallas Malaysia?

Kuiz Bolarotan.com tajaan Pallas - Cara penyertaan


Berikut adalah cara - cara menyerati kuiz tajaan Pallas ini.
1. Soalan akan dipamerkan di Bolarotan.com sahaja
2. Peserta perlu menjawab soalan yang diberikan dengan tepat dan pantas dengan menuliskan jawapan ke wall Facebook MBR di bawah tajuk link soalan yang diberikan.
3. Jawapan yang terawal muncul dan betul jawapannya akan dikira pemenang
4. Pengesahan kemenangan akan dihantar ke inbox pemenang untuk mendapatkan alamat bagi tujuan penghantaran hadiah
5. Keputusan penganjur adalah muktamad
6. Cubaan merasuah / membodek / mengipas penganjur tidak akan dilayan.

Pallas menaja tiket menonton wayang di GSC khusus untuk peminat Bolarotan.com!


Pada 22 Februari 2012 yang lalu satu pertemuan di antara saya dan wakil Pallas Malaysia, En. Lee Huei di Royal Bintang Hotel telah membuka satu lembaran baru. Pengeluar kasut tempatan ini telah membuka langkah berganding bahu bersama Bolarotan.com untuk menyemarakkan lagi arena sepaktakraw Malaysia.

Sebagai permulaan, Pallas akan memberikan kasut Rejam yang direka khusus oleh Pallas bersama pelibas lagenda negara - Zabidi Shariff kepada Bolarotan untuk dibuat ulasan. Selain itu beberapa tiket wayang GSC di Mid Valley dan IOI Puchong juga diserahkan sebagai hadiah kepada pembaca Bolarotan yang dapat menjawab soalan kuiz dengan cepat dan betul!...



Sekiranya anda berminat mendapatkan tiket - tiket percuma ini..teruskan bersama kami!

Terimakasih kepada Pallas yang sudi menyokong Bolarotan.com!

21 February 2012

Normanizam harus kembali ke Skuad!


52% pengundi dari 186 undian yang telah dijalankan memihak kepada Normanizam - tekong kuda hebat yang tidak perlu diperkenalkan lagi untuk kembali ke skuad negara. Berdasarkan dari 6 nama tekong - Ezzat, Normanizam, Norazman, Sufi, Syazwan dan Saravanan, Tekong Kelantan yang pernah merampas kembali pingat emas bersama Futra dan Zulkarnain di lihat masih ampuh permainannya.

Ini dibuktikan dengan kelibat beliau beraksi di separuh akhir sekurang - kurangnya dalam 3 kejohanan besar 2012. Walaupun gandingannya berbeza, Futra atau pun bersama Hafiz Rahman, servis padu ke sasaran 1 dan 3 beliau sering mengundang mata atau mampu mengucarkacirkan lawan.

Undian kedua terbanyak pula diberikan kepada Ahmad Ezzat Zaki. Tekong hebat ini masih menjadi sandaran kepada pasukan yang diwakilinya berdasarkan servis dan kawalan gelanggang yang cukup baik di milikinya. Namun, saya fikir adalah mustahil Ezzat akan menyarung semula jersi negara buat masa ini.

Saravanan juga masih menjadi pilihan pembaca Bolarotan.com mengatasi Norazman dan Syazwan. Saravanan yang baru - baru ini berjaya ke separuh akhir di Kulim Open masih mempunyai servis yang amat mengelirukan walaupun uban telah mula memenuhi kepala.

13 February 2012

Sirkit 2 PUTRATAC

Akan berlangsung sirkit ke 2 kejohanan sepaktakraw PUTRATAC seperti yang berikut

Nama Kejohanan     -      KEJOHANAN SEPAK TAKRAW BAKAT BARU BSP SIRKIT 2/2012
Tarikh                    -       1 APRIL 2012 ( AHAD )
Tempat                  -       Dewan UPM Serdang
Anjuran                  -       Kelab Sepak Takraw Seri Putra ( PUTRATAC )
No Tel                   -        Isma ( 017-3165527 ) & Zul ( 019-6246323 )

Borang & Syarat Kejohanan akan dipaparkan pada 1 Mac 2012 di www.facebook.com/Kelab Sepak Takraw Seri Putra (PUTRATAC)

12 February 2012

Kejohanan Sepak Takraw KULIM Open 2012 - Keputusan Suku Akhir

Update keputusan Suku akhir:

Perlawanan 21 : MPSJ B lwn Sukhoi TUDM B 2-0
Perlawanan 22 : KICKKPRO lwn Irwan Langkawi 0-2
Perlawanan 23 : Infratel C kwn Keladi C 0-2
Perlawanan 24 : Infratel B lwn GPMS E 2-0



Pemenang akan meneruskan kemaraan ke peringkat separuh akhir yang akan bermula sebentar lagi.
Jadual perlawanan separuh akhir Kulim Open 2012:


Perlawanan 25 : MPSJ B lwn Keladi C
Perlawanan 26 : Irwan Langkawi lwn Infratel B


wajah-wajah yang akan ke separuh akhir




MPSJ C

Keladi C

Irwan Langkawi

Infratel B




Kejohanan Sepak Takraw KULIM Open 2012 - Pusingan Suku Akhir

Pusingan Suku Akhir baru sahaja bermula. Jadual bagi pusingan suku akhir :

Perlawanan 21 : MPSJ B lwn Sukhoi TUDM B
Perlawanan 22 : KICKKPRO lwn Irwan Langkawi
Perlawanan 23 : Infratel C kwn Keladi C
Perlawanan 24 : Infratel B lwn GPMS E

Kejohanan Sepak Takraw KULIM Open 2012 - Pusingan Kalah Mati #4

Update keputusan pusingan kalah mati :

Perlawanan 11 : MPT A lwn Infratel C 0-2
Perlawanan 12 : Infratel B lwn Kg Selamat 2-0
Perlawanan 13 : MPSJ B lwn GPMS C 2-0
Perlawanan 14 : Irwan Langkawi lwn MPT B 2-0
Perlawanan 15 : MPSJ A lwn Sukhoi TUDM B 0-2
Perlawanan 16 : KICKKPRO lwn Anggerik Emas B 2-0
Perlawanan 17 : Infratel D lwn Infratel C 0-2
Perlawanan 18 : Pemuda UMNO lwn Infratel B 0-2
Perlawanan 19 : Keladi C lwn MSN A 2-1
Perlawanan 20 : GPMS D lwn GPMS E 2-0

Dengan ini, pasukan MPSJ B, Sukhoi TUDM B, KICKKPRO, Irwan Langkawi, Infratel C, Infratel B, Keladi C dan GPMS E telah pun mengesahkan tempat ke peringkat suku akhir kejohanan. Tahniah buat mereka!

Kejohanan Sepak Takraw KULIM Open 2012 - Pusingan Kalah Mati #3

Update keputusan pusingan kalah mati :

Perlawanan 5 : MPSJ A lwn KTM Butterworth 2-0
Perlawanan 6 : Anggerik Emas B lwn GPMS A 2-1
Perlawanan 7 : Bukit Kulim lwn Sukhoi TUDM B 0-2
Perlawanan 8 : Sukhoi TUDM A lwn KICKKPRO 0-2
Perlawanan 9 : Infratel D lwn Keladi D 2-0
Perlawanan 10 : TNB Alor Setar lwn Pemuda UMNO 0-2

Kejohanan Sepak Takraw KULIM Open 2012 - Rangkuman Hari pertama






video oleh Khairul Faiezin

Kejohanan Sepak Takraw KULIM Open 2012 - Saingan Kalah Mati #2

Keputusan terkini bagi saingan kalah mati:

Perlawanan 1 : GPMS C lwn Sg Duri 2-0
Perlawanan 2 : MPT B lwn GPMS B 2-0
Perlawanan 3 : Keladi C lwn Keladi A 2-0
Perlawanan 4 : GPMS E lwn MSN B 2-0

Kejohanan Sepak Takraw KULIM Open 2012 - Saingan Kalah Mati

Kejohanan Kulim Open 2012 akan memulakan saingan peringkat kalah mati pada pagi ini, untuk menentukan pasukan yang layak ke saingan suku akhir. Berikut adalah jadual perlawanan pada pagi ini:

Perlawanan 1 : GPMS C lwn Sg Duri
Perlawanan 2 : MPT B lwn GPMS B
Perlawanan 3 : Keladi C lwn Keladi A
Perlawanan 4 : GPMS E lwn MSN B
Perlawanan 5 : MPSJ A lwn KTM Butterworth
Perlawanan 6 : Anggerik Emas B lwn GPMS A
Perlawanan 7 : Bukit Kulim lwn Sukhoi TUDM B
Perlawanan 8 : Sukhoi TUDM A lwn KICKKPRO
Perlawanan 9 : Infratel D lwn Keladi D
Perlawanan 10 : TNB Alor Setar lwn Pemuda UMNO
Perlawanan 11 : MPT A lwn Infratel C
Perlawanan 12 : Infratel B lwn Kg Selamat
Perlawanan 13 : MPSJ B lwn Pemenang 1
Perlawanan 14 : Irwan Langkawi lwn Pemenang 2

Kejohanan Sepak Takraw KULIM Open 2012 - Keputusan terkini #4

Update terkini keputusan peringkat kumpulan :

Kumpulan E : Leman Corner A lwn GPMS E 0-2
Kumpulan F : Keladi B lwn MPSJ B 0-2
Kumpulan G : Pemuda UMNO lwn MPT A 0-2
Kumpulan H : Putera Workshop lwn Keladi D 0-2
Kumpulan J : Keladi A lwn GPMS D 0-2
Kumpulan K : MPT B lwn Sungai Duri 2-0
Kumpulan L : MPSJ A lwn Anggerik Emas A 2-0
Kumpulan M : Irwan Langkawi lwn Peronda Lebuhraya 2-0

Kumpulan N : Kg Selamat lwn MSN A 0-2
Kumpulan P : KICKKPRO lwn GPMS C 0-2

11 February 2012

Kejohanan Sepak Takraw KULIM Open 2012 - Keputusan terkini #3

Update terkini keputusan peringkat kumpulan :

Kumpulan A : Bukit Putera lwn Bukit Kulim 0-2
Kumpulan B : Warisan AZ lwn Keladi C 0-2
Kumpulan C : Anggerik Emas B lwn KTM Butterworth 2-0
Kumpulan D : TNB Alor Setar lwn Unikl B 2-0
Kumpulan E : Infratel C lwn GPMS E 1-2
Kumpulan F : GPMS A lwn MPSJ B 1-2
Kumpulan G : Unikl A lwn MPT A 2-0
Kumpulan H : Infratel B lwn Keladi D 2-0
Kumpulan J : PBAPP lwn GPMS D 0-2
Kumpulan K : Anak Manggis lwn Sungai Duri 1-2
Kumpulan L : GPMS B lwn Anggerik Emas A 2-0
Kumpulan M : Infratel D lwn Peronda Lebuhraya 2-0
Kumpulan N : Infratel A lwn MSN A 2-0
Kumpulan P : Leman Corner B lwn GPMS C 0-2


Kumpulan A : MSN B lwn Bukit Kulim 0-2
Kumpulan B : Sukhoi TUDM A lwn Keladi C 1-2
Kumpulan C : Mutiara 18 lwn KTM Butterworth 1-2
Kumpulan D : Sukhoi TUDM B lwn Unikl B 2-0

Kejohanan Sepak Takraw KULIM Open 2012 - Keputusan terkini #2

Update terkini keputusan peringkat kumpulan :

Kumpulan H : Infratel B lwn Putera Workshop 2-0
Kumpulan J : PBAPP lwn Keladi A 0-2
Kumpulan K : Anak Manggis lwn MPT B 0-2
Kumpulan L : GPMS B lwn MPSJ A 0-2
Kumpulan M : Infratel D lwn Irwan Langkawi 1-2
Kumpulan N : Infratel A lwn Kg Selamat 0-2
Kumpulan P : Leman Corner B lwn KICKKPRO 0-2



Pengunjung dan pemain yang hadir pada hari ini dikejutkan dengan berita beberapa regu telah melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Berita ini pastinya menjadi satu isu yang akan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan para pemain. 


Teruskan bersama bolarotan untuk terus mengetahui perkembangan terkini Kejohanan Kulim Open 2012!

Kejohanan Sepak Takraw KULIM Open 2012 - Keputusan terkini

Update terkini keputusan peringkat kumpulan :

Kumpulan D : TNB Alor Setar lwn Sukhoi TUDM B 2-1
Kumpulan E : Infratel C lwn Leman Corner A 2-0
Kumpulan F : GPMS A lwn Keladi B 2-0
Kumpulan G : Unikl A lwn Pemuda UMNO 0-2


Kemunculan anak kepada lagenda negara, Adnan Saidin iaitu Faizal Adnan yang bermain untuk pasukan TNB Alor Setar telah membantu menghadirkan kemenangan mengejut ke atas Sukhoi TUDM. Nampaknya bisa dari lagenda negara telah turun kepada anaknya!

Faizal Adnan yang beraksi untuk TNB Alor Setar

Kejohanan Sepak Takraw KULIM Open 2012 - Jadual Saingan Peringkat Kumpulan

Senarai Jadual Saingan Peringkat Kumpulan :

Kumpulan A : Bukirt Putera lwn MSN Kedah B
Kumpulan B : Warisan AZ lwn Sukhoi TUDM A
Kumpulan C : Anggerik Emas B lwn Mutiara 18
Kumpulan D : TNB Alor Setar lwn Sukhoi TUDM B
Kumpulan E : INFRATEL C lwn Leman Corner A
Kumpulan F : GPMS A lwn Keladi B
Kumpulan G : UNIKL A lwn Pemuda UMNO
Kumpulan H : INFRATEL B lwn Putera Workshop
Kumpulan J : PBAPP lwn Keladi A
Kumpulan K : Anak Manggis lwn MPT B
Kumpulan L : GPMS B lwn MPSJ B
Kumpulan M : INFRATEL D lwn Irwan Langkawi
Kumpulan N : INFRATEL A lwn Kg Selamat
Kumpulan P : Leman Corner B lwn KICKKPRO

Kumpulan A : Bukit Putera lwn Bukit Kulim
Kumpulan B : Warisan AZ lwn Keladi C
Kumpulan C : Anggerik Emas B lwn KTM Butterworth
Kumpulan D : TNB Alor Setar lwn UNIKL B
Kumpulan E : INFRATEL C lwn GPMS E
Kumpulan F : GPMS A lwn MPSJ B
Kumpulan G : UNIKL A lwn MPT A
Kumpulan H : INFRATEL B lwn Keladi D
Kumpulan J : PBAPP lwn GPMS D
Kumpulan K : Anak Manggis lwn Sungai Duri
Kumpulan L : GPMS B lwn Anggerik Emas A
Kumpulan M : INFRATEL D lwn Peronda Lebuhraya
Kumpulan N : INFRATEL A lwn MSN A
Kumpulan P : Leman Corner B lwn GPMS C 


Kumpulan A : MSN B lwn Bukit Kulim
Kumpulan B : Sukhoi TUDM A lwn Keladi C
Kumpulan C : Mutiara 18 lwn KTM Butterworth
Kumpulan D : Sukhoi TUDM B lwn UNIKL B
Kumpulan E : Leman Corner A lwn GPMS E
Kumpulan F : Keladi B lwn MPSJ B
Kumpulan G : Pemuda UMNO lwn MPT A
Kumpulan H : Putera Workshop lwn Keladi D
Kumpulan J :  Keladi A lwn GPMS D
Kumpulan K : MPT B lwn Sungai Duri
Kumpulan L : MPSJ A lwn Anggerik Emas A
Kumpulan M : Irwan Langkawi lwn Peronda Lebuhraya
Kumpulan N : Kg Selamat lwn MSN A
Kumpulan P : KICKKPRO lwn GPMS C

Kejohanan Sepak Takraw KULIM Open 2012 - Kejohanan Bermula

Kejohanan Sepak Takraw KULIM Open 2012 baru saja memulakan aksi saingan peringkat kumpulan yg pertama. Nantikan update dari masa ke semasa secara eklusif di bolarotan.

Keputusan terkini:


Kumpulan A : Bukit Putera lwn MSN Kedah 0-2
Kumpulan B : Warisan AZ lwn Sukhoi TUDM (A) 0-2
Kumpulan C : Anggerik Emas (B) lwn Mutiara 18 2-1 

sedang berlangsung sekarang:

Kumpulan D : TNB Alor Setar lwn Sukhoi TUDM (B) 
Kumpulan E : Infratel (C) lwn Leman Corner (A)

09 February 2012

Kejohanan Sepak Takraw KULIM Open 2012 - Senarai regu dan undian

Berikut adalah undian yang telah dijalankan dan senarai regu bertanding


Kump. A-
Bkt putera, MSN(B),Bkt Kulim.
Kump B-
Wawasan AZ, Sukhoi TUDM(A),Keladi(C).
Kump C-
Anggerik emas(B),Mutiara 18,KTM buterworth.
Kump. D-
TNB A.Setar,Sukhoi TUDM(B),UNIKL(B)
Kump E-
INFRATEL(C),Leman Corner(A),GPMS(E)
Kump F-
GPMS(A),Keladi(B),MPSJ Selangor(B)
Kump G-
UNIKL(A),Pemuda UMNO Kulim,MPT(A)
Kump H-
INFRATEL(B),Putera w'shop,Keladi(D)

Kump J-
PBAPP,Keladi(A),GPMS(D)
Kump K-
Ank Manggis,MPT(B),Sungai Duri
Kump. L-
GPMS(B),MPSJ Selangor(A),Anherik Emas(A)
Kump. M-
INFRATEL(D),Irwan Langkawi,Peronda lebuhraya.
Kump. N-
INFRATEL(A),Kg. Selamat,MSN(A).
Kump. P-
Leman Corner(B),KICKK,PRO,GPMS(C).

Kejohanan di Kulim minggu ini!

Untuk kejohanan yang bakal berlangsung minggu ini di Kulim, 2 paparazzi dan wartawan Bolarotan akan bertugas di sana. mereka akan berangkat ke Kulim esok malam dan kepada sesiapa yang berhajat membantu paparazzi kami samada dalam bentuk logistik, penginapan dan makan minum adalah amat - amat di alu - alukan.

Laporan penuh kejohanan seperti KFC Utusan akan diusahakan oleh kedua - dua mereka.

Berikut ialah maklumat kejohanan yang bakal berlangsung minggu ini di dalam pusat beli belah Kulim itu






Surat penghargaan dari penganjur - Kejohanan LEGACY UITM 2012

Berikut adalah surat penghargaan yang diberikan oleh pihak penganjur Kejohanan Sepaktakraw Legacy UITM baru - baru ini. Terimakasih kerana menghargai usaha kami yang tidak seberapa ini!

Tuan

PENGHARGAAN DIATAS SOKONGAN TERHADAP KEJOHANAN LEGACY SEPAK TAKRAW 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa kami, para pelajar Diploma Pengajian Sukan (Semester 5) mengucapkan ribuan terima kasih diatas sokongan pihak tuan untuk kami jayakan Kejohanan Legacy Sepak Takraw 2012.

2.         Kehadiran tuan di kejohanan kami,kami anggap sebagai tanda sokongan dan galakan kepada kami untuk terus mengadakan program-program seperti ini lagi. Kami amat menghargai bantuan dari pihak tuan kerana tanpa bantuan tersebut kami tidak mungkin data menjayakan kejohanan ini.

3.         Kami juga berharap pihak tuan tidak keberatan untuk membantu kami  di dalam usaha kami untuk mengadakan program-program seperti ini lagi.

Di atas bantuan dan kesudian pihak tuan, kami ucapkan jutaan terima kasih.

Sekian.

Daripada,


MUHAMMAD NOOR HIZAMI BIN HAMIDI
Pengarah
Kejohanan LEGACY Sepak Takraw 2012

Borang penyertaan Kejohanan di Kelang minggu hadapan


Borang penyertaan untuk kejohanan minggu hadapan di Klang boleh di dapati dengan klik di sini

Penyertaan masih di buka. Selamat bertanding!

06 February 2012

Liga Tertutup Sungai Jelok - PENGAMAN

5 Februari 2012
Telah berlangsung Liga Tertutup PENGAMAN Sungai Jelok yang membabitkan 16 regu yang dijemput dari sekitar Kajang, Bangi dan Cheras. Perlawanan berlangsung dengan format Liga 4 pasukan sekumpulan dan berlangsung dengan 30 mata untuk dua set. Tiada tie - break. Namun format maat 21 pula digunapakai untuk peringkat kalah singkir.

Format papan kira

Saya beraksi bersama Lan Biskut dan Fairul atas nama Taman Mesra A. Sesampai sahaja kami ke gelanggang nama regu kami disebut dan tanpa warm - up yang mencukupi kami masuk ke gelanggang berdepan dengan regu penganjur - yang diketuai oleh Zul Punai.

Tekong juara dari Penjara

Untuk kejohanan kali ini, 2 pemain menarik perhatian saya iaitu yang pertama gambar di atas. Tekong dari Penjara ini berdasarkan pertuturannya seperti orang Kelantan. Apa yang menarik perhatian saya ialah susuk badannya yang sangat berotot dan tegap kelihatan sesuai beraksi di posisi apit kanan sebenarnya. Dada bidang dan otot kaki yang kekar pada hemat saya dapat membantu dia bermain dengan baik di posisi kanan. Servisnya juga tidaklah begitu kencang tetapi turut membantu regunya muncul juara. Ketika berhadapan dengan kami di perlawanan akhir, hampir 6 - 7 kali servisnya hinggap di jaring dan meleleh masuk kegelanggang kami.

Abang Ijam juga beraksi tadi



Man Lori bermain apit kanan sebelum bertukar ke apit kiri pada perlawanan ketiga

Satu - satunya apit kanan dengan gulung kidal hari ini

Tekong muda ini memiliki saiz badan yang baik

Amran - pernah menyarung jersi Bolarotan dahulu

Antara Tekong veteran yang beraksi

Ustaz menghantar bola kepada Amran


Bakat yang kedua pula berusia 18 tahun, pemain SUKSES Daerah Hulu Langat ini bernama Amirul Taufik Sukamto. Bekas pelajar SMK Cheras Jaya ini memiliki saiz bada yang agak baik. Lonjakannya juga tinggi cuma perlu mendapat lebih pendedahan kepada pelbagai jenis perlawanan. Regunya layak ke suku akhir namun tumpas di tangan Taman Mesra A dengan 0-2. Lebih malang lagi ketika kami mendahului 19 - 17 pada set pertama, kakinya mengalami kecederaan apabila miss kick. 

Amirul juga memiliki banyak helah yang baik

Amirul memliki kaki yang kuat

Tinggi lonjakannya

Izzudin (Ayub) juga beraksi untuk pasukan tuan rumah

Anak Tuan Z

Pemain ini perlu dibimbing lagi untuk maju kehadapan

Apit kanan ini juga bagus permainannya

Zul yang masih berkesan walaupun kecederaan kakinya serius

Regu veteran SURADA - berentap dengan kami di separuh akhir

Kasut Nan Yang turut dijual

 Cuaca yang agak terik tadi turut membakar kulit saya. Kepala sudah mula sakit dan simptom migrain mula terasa. Mujur dengan menelan Panadol Soluble tadi dan izin Allah mengurangkan sakit kepala saya. Bimbang situasi sama ketika kejohanan anjuran Bolarotan dahulu berlaku.

Apit kanan ini adalah salah seorang kakitangan penjara

Nama tekong ini Bearing - jangan tanya kenapa begitu namanya ya...

Pertembungan di udara

Mahathir menghentak bola ke sasaran 3

Aik..servis stail apa ni bang Mahathir ooiii

Usai solat Asar, perlawanan separuh akhir bermula dan regu saya berhadapan dengan Otai SURADA manakala satu lagi separuh akhir menemukan Al - Muhajirin berdepan Penjara B. Akhirnya regu Taman Mesra A mara ke akhir berdepan dengan Penjara B. Berdasarkan saiz..sememangnya kelebihan pada regu penjara..tetapi kami berjaya menang pada set pertama. Set kedua masing - masing kepenatan dan fakor fitness yang amat kurang. Lihat saja badan saya dan Lan Biskut...

Finalis - Penjara B v Taman Mesra A

Kami tewas tie break dengan mata 17 - 15. Tekong Penjara berjaya menjalankan tugasnya dengan baik .Tahniah diucapkan!
Naib johan - Taman Mesra A

Semifinalis - Al - Muhajirin

Semifinalis - SURADA

Salah seorang tenaga penganjur - Kadir

Juara - PENJARA B

Saksikan sedikit rakaman yang dapat saya sediakan untuk anda. Tahniah dan terimakasih kepada penganjur!