06 February 2012

Liga Tertutup Sungai Jelok - PENGAMAN

5 Februari 2012
Telah berlangsung Liga Tertutup PENGAMAN Sungai Jelok yang membabitkan 16 regu yang dijemput dari sekitar Kajang, Bangi dan Cheras. Perlawanan berlangsung dengan format Liga 4 pasukan sekumpulan dan berlangsung dengan 30 mata untuk dua set. Tiada tie - break. Namun format maat 21 pula digunapakai untuk peringkat kalah singkir.

Format papan kira

Saya beraksi bersama Lan Biskut dan Fairul atas nama Taman Mesra A. Sesampai sahaja kami ke gelanggang nama regu kami disebut dan tanpa warm - up yang mencukupi kami masuk ke gelanggang berdepan dengan regu penganjur - yang diketuai oleh Zul Punai.

Tekong juara dari Penjara

Untuk kejohanan kali ini, 2 pemain menarik perhatian saya iaitu yang pertama gambar di atas. Tekong dari Penjara ini berdasarkan pertuturannya seperti orang Kelantan. Apa yang menarik perhatian saya ialah susuk badannya yang sangat berotot dan tegap kelihatan sesuai beraksi di posisi apit kanan sebenarnya. Dada bidang dan otot kaki yang kekar pada hemat saya dapat membantu dia bermain dengan baik di posisi kanan. Servisnya juga tidaklah begitu kencang tetapi turut membantu regunya muncul juara. Ketika berhadapan dengan kami di perlawanan akhir, hampir 6 - 7 kali servisnya hinggap di jaring dan meleleh masuk kegelanggang kami.

Abang Ijam juga beraksi tadi



Man Lori bermain apit kanan sebelum bertukar ke apit kiri pada perlawanan ketiga

Satu - satunya apit kanan dengan gulung kidal hari ini

Tekong muda ini memiliki saiz badan yang baik

Amran - pernah menyarung jersi Bolarotan dahulu

Antara Tekong veteran yang beraksi

Ustaz menghantar bola kepada Amran


Bakat yang kedua pula berusia 18 tahun, pemain SUKSES Daerah Hulu Langat ini bernama Amirul Taufik Sukamto. Bekas pelajar SMK Cheras Jaya ini memiliki saiz bada yang agak baik. Lonjakannya juga tinggi cuma perlu mendapat lebih pendedahan kepada pelbagai jenis perlawanan. Regunya layak ke suku akhir namun tumpas di tangan Taman Mesra A dengan 0-2. Lebih malang lagi ketika kami mendahului 19 - 17 pada set pertama, kakinya mengalami kecederaan apabila miss kick. 

Amirul juga memiliki banyak helah yang baik

Amirul memliki kaki yang kuat

Tinggi lonjakannya

Izzudin (Ayub) juga beraksi untuk pasukan tuan rumah

Anak Tuan Z

Pemain ini perlu dibimbing lagi untuk maju kehadapan

Apit kanan ini juga bagus permainannya

Zul yang masih berkesan walaupun kecederaan kakinya serius

Regu veteran SURADA - berentap dengan kami di separuh akhir

Kasut Nan Yang turut dijual

 Cuaca yang agak terik tadi turut membakar kulit saya. Kepala sudah mula sakit dan simptom migrain mula terasa. Mujur dengan menelan Panadol Soluble tadi dan izin Allah mengurangkan sakit kepala saya. Bimbang situasi sama ketika kejohanan anjuran Bolarotan dahulu berlaku.

Apit kanan ini adalah salah seorang kakitangan penjara

Nama tekong ini Bearing - jangan tanya kenapa begitu namanya ya...

Pertembungan di udara

Mahathir menghentak bola ke sasaran 3

Aik..servis stail apa ni bang Mahathir ooiii

Usai solat Asar, perlawanan separuh akhir bermula dan regu saya berhadapan dengan Otai SURADA manakala satu lagi separuh akhir menemukan Al - Muhajirin berdepan Penjara B. Akhirnya regu Taman Mesra A mara ke akhir berdepan dengan Penjara B. Berdasarkan saiz..sememangnya kelebihan pada regu penjara..tetapi kami berjaya menang pada set pertama. Set kedua masing - masing kepenatan dan fakor fitness yang amat kurang. Lihat saja badan saya dan Lan Biskut...

Finalis - Penjara B v Taman Mesra A

Kami tewas tie break dengan mata 17 - 15. Tekong Penjara berjaya menjalankan tugasnya dengan baik .Tahniah diucapkan!
Naib johan - Taman Mesra A

Semifinalis - Al - Muhajirin

Semifinalis - SURADA

Salah seorang tenaga penganjur - Kadir

Juara - PENJARA B

Saksikan sedikit rakaman yang dapat saya sediakan untuk anda. Tahniah dan terimakasih kepada penganjur!


No comments:

Post a Comment