21 February 2012

Normanizam harus kembali ke Skuad!


52% pengundi dari 186 undian yang telah dijalankan memihak kepada Normanizam - tekong kuda hebat yang tidak perlu diperkenalkan lagi untuk kembali ke skuad negara. Berdasarkan dari 6 nama tekong - Ezzat, Normanizam, Norazman, Sufi, Syazwan dan Saravanan, Tekong Kelantan yang pernah merampas kembali pingat emas bersama Futra dan Zulkarnain di lihat masih ampuh permainannya.

Ini dibuktikan dengan kelibat beliau beraksi di separuh akhir sekurang - kurangnya dalam 3 kejohanan besar 2012. Walaupun gandingannya berbeza, Futra atau pun bersama Hafiz Rahman, servis padu ke sasaran 1 dan 3 beliau sering mengundang mata atau mampu mengucarkacirkan lawan.

Undian kedua terbanyak pula diberikan kepada Ahmad Ezzat Zaki. Tekong hebat ini masih menjadi sandaran kepada pasukan yang diwakilinya berdasarkan servis dan kawalan gelanggang yang cukup baik di milikinya. Namun, saya fikir adalah mustahil Ezzat akan menyarung semula jersi negara buat masa ini.

Saravanan juga masih menjadi pilihan pembaca Bolarotan.com mengatasi Norazman dan Syazwan. Saravanan yang baru - baru ini berjaya ke separuh akhir di Kulim Open masih mempunyai servis yang amat mengelirukan walaupun uban telah mula memenuhi kepala.

No comments:

Post a Comment