23 February 2012

Pallas menaja tiket menonton wayang di GSC khusus untuk peminat Bolarotan.com!


Pada 22 Februari 2012 yang lalu satu pertemuan di antara saya dan wakil Pallas Malaysia, En. Lee Huei di Royal Bintang Hotel telah membuka satu lembaran baru. Pengeluar kasut tempatan ini telah membuka langkah berganding bahu bersama Bolarotan.com untuk menyemarakkan lagi arena sepaktakraw Malaysia.

Sebagai permulaan, Pallas akan memberikan kasut Rejam yang direka khusus oleh Pallas bersama pelibas lagenda negara - Zabidi Shariff kepada Bolarotan untuk dibuat ulasan. Selain itu beberapa tiket wayang GSC di Mid Valley dan IOI Puchong juga diserahkan sebagai hadiah kepada pembaca Bolarotan yang dapat menjawab soalan kuiz dengan cepat dan betul!...



Sekiranya anda berminat mendapatkan tiket - tiket percuma ini..teruskan bersama kami!

Terimakasih kepada Pallas yang sudi menyokong Bolarotan.com!

No comments:

Post a Comment