04 February 2012

Sirkit Sepaktakraw PutraTac - Siri 1

Berlangsung di ABADI atau Agrobank Advanced Development Institute Bangi telah berlangsung Sirkit 1 Kejohanan Sepaktakraw PUTRATAC - Bandar Seri Putra yang mana merupakan antara persatuan sepaktakraw yang konsisten menganjurkan kejohanan dalam pelbagai skala. Dikendalikan oleh En. Ishak, bekas Setiausaha Persatuan Pengadil Malaysia yang kini turut melatih PESTAP, PUTRATAC dilihat mampu bergerak jauh selepas ini.

Urusetia kejohanan

Kalendar Sirkit yang telah pun dirancang rapi

Format dan syarat kejohanan


Salah satu regu Taman Mesra

Gelanggang yang agak kurang pengcahayaan

Satu perkara yang menarik mengenai kejohanan ini aialah ia bersifat amatur. Walaupun begitu ia berjaya menarik hampir 40 regu untuk beraksi. Kejohanan yang berlarutan sehingga jam 11 malam ini juga berdepan dengan isu protes apabila ada pemain yang tidak berstatus amatur - sama ada pemain negeri atau SUKMA menyelit beraksi. Walaupun diposisi bukan sebenar, mereka tetap diprotes. Antaranya ialah Jai Ghana.

Zaini beraksi bersama Faiz Godong dan Awe Ganas







Apit kanan dari Kuala Langat ini juga beraksi


Jai Ghana sebagai apit kiri

Pok Chek seregu dengan Zam Ganu dan Sham

Tahniah kepada PUTRATAC atas inisiatif yang cukup baik ini. Walaupun ia tidak berstatus 3 bintang ke atas namun usaha ini membuka ruang untuk bakat baru mencuba nasib, Saksikan rakaman yang sempat saya buatkan khas untuk anda semua!

No comments:

Post a Comment