09 February 2012

Surat penghargaan dari penganjur - Kejohanan LEGACY UITM 2012

Berikut adalah surat penghargaan yang diberikan oleh pihak penganjur Kejohanan Sepaktakraw Legacy UITM baru - baru ini. Terimakasih kerana menghargai usaha kami yang tidak seberapa ini!

Tuan

PENGHARGAAN DIATAS SOKONGAN TERHADAP KEJOHANAN LEGACY SEPAK TAKRAW 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa kami, para pelajar Diploma Pengajian Sukan (Semester 5) mengucapkan ribuan terima kasih diatas sokongan pihak tuan untuk kami jayakan Kejohanan Legacy Sepak Takraw 2012.

2.         Kehadiran tuan di kejohanan kami,kami anggap sebagai tanda sokongan dan galakan kepada kami untuk terus mengadakan program-program seperti ini lagi. Kami amat menghargai bantuan dari pihak tuan kerana tanpa bantuan tersebut kami tidak mungkin data menjayakan kejohanan ini.

3.         Kami juga berharap pihak tuan tidak keberatan untuk membantu kami  di dalam usaha kami untuk mengadakan program-program seperti ini lagi.

Di atas bantuan dan kesudian pihak tuan, kami ucapkan jutaan terima kasih.

Sekian.

Daripada,


MUHAMMAD NOOR HIZAMI BIN HAMIDI
Pengarah
Kejohanan LEGACY Sepak Takraw 2012

No comments:

Post a Comment