27 March 2012

Video - Jangan Salah Gelanggang

Bolarotan Media & Publication kini dalam usaha mengembangkan promosi sukan sepaktakraw ini ke medium yang seterusnya iaitu menerusi penerbitan Cereka Pendek. Dalam usaha sulung kami ini, satu filem pendek bertajuk Jangan Salah Gelanggang telah berjaya disiapkan. Penggambaran setengah hari di Kompleks Sukan Kampung Pandan dan Gelanggang Pandan Perdana ini disunting sepenuhnya oleh Lukman Mohd Yusop dan dilakonkan oleh Khairul Faiezin. Pada mulanya kami merancang untuk menggunakan khidmat seorang bekas pemain negara untuk melakonkannya tetapi oleh kerana jadual penggambaran bertindih..maka kami terpaksa melakukan sendiri. Rupanya KF memang sangat berbakat!

Sinposis


Jangan Salah Gelanggang mengisahkan nasib seorang pemain sepaktakraw yang selalu lewat ke gelanggang untuk pertandingan. Dengan disiplin yang tidak kuat serta kerap memberi alasan palsu, akhirnya pemain ini tiba ke lokasi yang salah sedangkan perlawanan sedang berlangsung. Pengajarannya jangan selalu lewat dan memberi alasan palsu!


Filem pendek ini bukan bertujuan mengguris hati sesiapa tetapi pengajarannya adalah untuk kita semua. Selamat menonton



22 March 2012

Masyarakat Bolarotan telah selamat didaftarkan!

Alhamdullillah..segala puji kepada Allah yang merajai alam ini. Semalam kami telah pun menerima email pengesahan dari Pesuruhjaya Pendaftar Sukan yang memaklumkan Masyarakat Bolarotan telah disahkan pendaftarannya. Dengan izin Allah, minggu hadapan semua dokumen akan diserahkan kepada kami.

Buat masa ini, nama yang telah berjaya didaftarkan ialah Kelab Masyarakat Bolarotan Bukit Bintang dengan singkatan MBR. Selepas ini kami akan mendaftarkan pula mengikut Parlimen - parlimen yang ada dinegara ini secara berperingkat agar cita - cita kita bersama untuk melihat MBR menjadi badan bertaraf kebangsaan tercapai.

Syukur juga kehadrat Ilahi kerana menerusi Bolarotan.com, Kementerian Belia dan Sukan meletakkan kepercayaan untuk menganjurkan Kejohanan Sepaktakraw sempena sambutan Hari Belia 2012 yang bakal berlangsung di Putrajaya Mei ini. Lebih menggembirakan kami , KBS mahukan kejohanan ini diberi nama mengikut saranan Bolarotan maka pada peringkat ini kami bersetuju kejohanan ini bakal bernama Kejohanan Sepaktakraw Bolarotan Sempena Hari Belia Negara.


Pada kejohanan itu kelak, MBR akan dilancarkan secara rasmi dan keahlian akan dibuka kepada yang berminat serta beberapa perkara lain juga sedang dirancang. Ini termasuk pertandingan fotografi Sepaktakraw sepanjang kejohanan itu berlangsung.

Kepada yang menyokong MBR, saya mengucapkan jutaan terimakasih kerana membantu MBR ke tahap ini. Bolarotan juga masih diberi kepercayaan untuk mengendalikan data teknikal bagi KFC-Utusan 2012 ini. 

Nantikan maklumat lanjut dari kami. Terimakasih semua!

Piala Presiden 2012 - Perlawanan Akhir Sufi v Tunku

Berikut adalah rakaman perlawanan akhir Piala Presiden Siri 2 di MSN Keramat.

20 March 2012

Piala Presiden 2012 Siri 2 - Rangkuman Video (samb 2)

Berikut ialah rangkuman video piala presiden yang lalu. Rangkuman dan suntingan oleh KF .








Piala Presiden 2012 Siri 2 - Rangkuman Video (samb)

Berikut ialah rangkuman video piala presiden yang lalu. Rangkuman dan suntingan oleh KF.




Piala Presiden 2012 Siri 2 - Rangkuman Video

Berikut ialah rangkuman video piala presiden yang lalu. Rangkuman dan suntingan oleh KF.






19 March 2012

Majalah Bolarotan.com dalam perancangan!

Bertemu kembali...
Buat masa ini kami di Bolarotan sedang mengusahakan majalah bulanan Bolarotan yang juga bakal menjadi majalah pertama sepaktakraw di dunia! Setakat ini bahan - bahan pengisiannya sedang dikumpul dan mock - up sedang dibuat bagi tujuan permit Kementerian Dalam Negeri.


Kami juga sedang mencari pelajar - pelajar praktikal / Latihan Industri dalam bidang multimedia / graphic / kewartawanan atau sesiapa yang berminat terlibat dalam projek ini.


Sila emailkan kepada kami di bolarotan@gmail.com untuk maklumat lanjut.

15 March 2012

Kejohanan Sepaktakraw Regu Terbuka

Kejohanan Sepaktakraw Regu Terbuka Anjuran Persatuan Sepaktakraw Daerah Kuala Terengganu Bersama Kolej Komuniti Kuala Terengganu. 


tarikh kejohanan :20-21 april 2012
tempat kejohanan:Dewan Serbaguna Ter Kuala Ibai,Batu Burok, Kuala Terengganu

1] Hadiah2 Pertandingan:

JOHAN :RM1000.00
N.JOHAN:RM700.00
KE 3/4:RM300 x2
KE 5/8:RM100x4

2] CENDERAMATA AKAN DIBERIKAN KEPADA SETIAP REGU YANG BERTANDING
4 PEMAIN +1PENGURUS

syarat2 kejohanan:

1. YURAN PENYERTAAN>RM50 SETIAP REGU

2.pemain2 yang pernah atau sedang mewakili negeri dalam kejohanan anjuran PSM seperti piala emas khir johari,sirkit kebangsaan,belia kebangsaan,piala presiden & sukma seorang sahaja di benarkan setiap regu yang bertanding.pemain berusia 40 TAHUN keatas tidak lagi dikira sebagai pemain negeri .

3.yuran bantahan :RM300.00

4.sistem kiraan mata berdasarkan sebagaimana yang dijalankan PSM & ISTAF

5.KEPUTUSAN PENGADIL ADALAH MUKTAMAD


LAIN2 :

1.BORANG PENYERTAAN BOLEH DIDAPATI DENGAN MENGHUBUNGI ;

a] EN MAZLAN ISMAIL[S/U] = 019-9843406
b] kolej komuniti k.terengganu =09-6204200 

09 March 2012

Latihan pemilihan pemain Malaysia di Lembah Keramat


Hanya seramai 42 orang dari 77 nama yang dipanggil untuk menyertai pemilihan skuad negara sejak 4 Mac 2012 yang lalu bertempat di MSN Lembah Keramat. Saya kurang pasti apakah puncanya lebih 30 orang tidak hadir. Tetapi maklumat awal yang saya perolehi ialah masalah pelepasan dari majikan.

Prawet, Taweet dan Hj Dino masih lagi sebagai pengendali pasukan selain kini Malek Shamsudin, apit kiri Emas negara juga dikatakan turut terlibat dalam latihan kali ini. Ini satu perkembangan yang baik!

Cuma sayangnya nama - nama seperti Sobey, Hafiz Rahman, Shafiq Rahman dan beberapa nama besar lain tidak berada dalam senarai 42 orang yang hadir.

Saya berharap barisan pemain muda dan senior yang hadir kali ini mampu memberikan yang terbaik buat negara.

Saksikan sedutan rakaman yang berjaya di buat oleh paparazzi Bolarotan iaitu KF.

Sila klik di sini dan di sini untuk menonton

08 March 2012

Kejohanan Sepaktakraw MSSJ - 2012

Telah berlangsung baru - baru ini kejohanan MSSJ di Pontian yang mana 3 kategori iaitu bawah 12, 15 dan 18 berlangsung dengan jayanya. Bertempat di SJKC Pei Hwa dan Pei Chun, mutu permainan pelajar - pelajar dari Johor sebenarnya agak baik dan boleh digilap lagi.

Daerah Kluang berjaya muncul juara bagi kategori bawah 18 tahun di mana mereka bergasak dengan Daerah Pontian untuk perlawanan akhir. Manakala bagi kategori bawah 12 tahun pula, Kulai juara berjaya mengalahkan Mersing untuk muncul juara.

Terimakasih kepada Cikgu Fadzil (paparazzi Bolarotan.com zon selatan) atas gambar - gambar yang disumbangkan.











07 March 2012

Pertandingan Sepaktakraw Tertutup Melaka


Pertandingan Sepaktakraw Tertutup Melaka
Anjuran Belia 4B Gadek bersama Persatuan Penduduk Taman Pisang Mas Jaya
Tarikh           : 15 April 2012 ( Ahad )
Masa            : 8.00 pagi
Tempat         : Dewan Japerun Dun Gadek
Hadiah    Pertama   - RM 500.00
              Kedua     - RM 300.00
              Ketiga     - RM 100.00
              Keempat  - RM 100.00
Tiket masuk - RM 50.00
syarat-syarat  - Terbuka kepada semua anak jati Melaka,Bernombor IC 04,Tidak pernah mewakili negeri
Untuk keterangan lanjut hubungi 017-3963796 (Amier) , 017-2290799 (Nizam)
Terhad kepada 50 pasukan sahaja,First come first serve

04 March 2012

Liputan Kejohanan Bandar Tasik Kesuma - VIdeo

Saya titipkan rangkuman beberapa perlawanan yang sempat saya rakamkan untuk nada semua.
Antara yang menarik perhatian saya ialah Petak - atau nama sebenarnya Muhamad Suhaimi Shaharudin. Apit kiri berusia 21 tahun ini mula mencuri tumpuan ketika dia bergandingan dengan Ahmad Ezzat Zaki di Kejohanan Terbuka MBPJ beberapa bulan lalu.

Kali ini saya berpeluang menyaksikan sendiri pemain muda dari Negeri Sembilan ini dan saya rasa ini adalah di antara pemain yang boleh di bangunkan prestasinya dalam masa singkat!. Selain dari gaya permainan tenangnya, dia juga memiliki saiz fizikal yang baik serta berkemampuan melakukan libasan gulung dengan sangat baik - tinggi lonjakkannya dan penuh keyakinan.

Dia juga tersenarai dalam 77 pemain yang bakal dipilih mulai esok dan saya berharap beliau akan mampu membuktikan kemampuannya!

Saksikan sedutan rakaman di bawah.


Liputan Kejohanan Bandar Tasik Kesuma - update

Berikut adalah beberapa gambar yang sempat saya rakamkan


Apa yang diintainya?

Rahsia permainan hebat - sarapan dengan meehun dalam bekas burger!

Antara pemain - pemain yang tiba awal


Najib (oren) ialah apit kanan UITM

Regu ini bergasak sambil senyum - senyum

Penonton begitu teruja melihat perlawanan mendebarkan ini -lihat saja wajah mereka


Timbalan Presiden PESTANS - Zamri (Ayie) turut beraksi

Hebat bukan?

Inilah pemiliki wajah libas gulung kidal - Boy dari Seremban

Laporan Kejohanan Bandar Tasik Kesuma - Update

Lokasi kejohanan - Bandar Tasik Kesuma Fasa 6

Pemain - pemain dari UPNM

Perlawanan pertama menemukan regu UPNM - Mereka boleh bermain tetapi masih gementar dan kurang keyakinan

Faiz menerusi servisnya berjaya mendapatkan 5 mata berturut - turut ketika menentang regu UPNM (gambar di atas)


Nazirul dengan permainan cemerlangnya

Firdaus membantu pemainnya yang cedera

Rahim turut bertugas selaku pengadil 

Antara regu yang mantap bersaing kali ini

Kemungkinan koyak! itu yang boleh hendak saya katakan dengan melihat jadual perlawanan yang sedang berlangsung. Walaupun 3 gelanggang beroperasi tetapi kerana kebanyakan perlawanan berkesudahan dengan set ketiga, maka sehingga jam 3.30 petang tadi perlawanan masih belum ke peringkat suku akhir.

Pemain - pemain muda yang disenaraikan oleh PSM untuk sesi pemilihan mulai esok nampaknya membuktikan kemampuan mereka. Nazirul, Petak dan Zaman dari PESTANS nampaknya tidak mengecewakan selain regu - regu senior seperti Mat Bo, Ijoi Perak dan beberapa lagi turut melangkah ke pusingan seterusnya.

Cuaca yang agak terik turut menguji kemampuan pemain. Bolarotan yang membariskan saya, Fairul dan Bro M tumpas kepada regu naib juara kejohanan di Meru minggu lalu iaitu Nurul Jannah yang dikepalain oleh Budin, Fazli selaku tekong dan Farid sebagai apit kanan. Kami tumpas 0-2.

Turut terkandas ialah regu anak beranak iaitu Dekma, Along dan ayahnya di mana mereka tumpas kepada regu Lan Awe dan Nurul (TKP). Norezal Sahar, Jai Keramat dan Farid (adik Berong) juga tewas kepada regu yang sama.

Laporan Kejohanan Bandar Tasik Kesuma


Perlawanan sudah mula memasuki pusingan kedua. Pemain - pemain keras mula menampakkan diri. Man Put, Awe Kecik, Mayat, Lan Awe, Skuad SUKMA KL dan Negeri Sembilan di antara pilihan kali ini.

Regu Bolarotan bakal bergasak di pusingan kedua setelah mendapat bye dan akan berdepan regu Naib Juara di Meru baru  - baru ini - Nurul Jannah!

Apit kiri kepada Nazirul ini sangat mencuri tumpuan kerana gaya permainannya yang tenang dan hantaran konsisten

Abang Joy sempat menjadi paparazzi walaupun sibuk menguruskan perlawanan

Boy - apit kanan yang menjadi tumpuan dengan gaya libasan gulung kidal yang hebat

Liputan Kejohanan - Terbuka Bandar Tasik Kesuma

4 Mac 2012

Pengundian pasukan bertanding dikendali oleh En. Yusof dan En. Zulkifli

Kelab Rukutn Tetangga Fasa 6 Bandar Tasik Kesuma menganjurkan kejohanan sepaktakraw yang disertai 45 regu dari pelbagai latar belakang dan lokasi. Syarat kejohanan tidak membenarkan pemain GP Perillys dan Piala Emas Khir Johari beraksi membolehkan pemain - pemain berbakat bergasak hari ini. 

Awe gulung turut beraksi

Pasukan dari Seri Tanjung Tangkak, SUKMA Negeri Sembilan, SUKMA Kuala Lumpur, UPNM, DMD dan banyak lagi pasukan hebat menyertai kejohanan kali ini. INC Team sebagai pasukan dengan penyertaan terbanyak menghantar 6 regu yang rata - rata pemain muda.

Tekong servis bawah juga turut bergasak!

3 gelanggang di buka serentak dan cuaca yang baik dilihat membolehkan kejohanan hari ini berjalan lancar.  Nantikan update dari Bolarotan.com