09 March 2012

Latihan pemilihan pemain Malaysia di Lembah Keramat


Hanya seramai 42 orang dari 77 nama yang dipanggil untuk menyertai pemilihan skuad negara sejak 4 Mac 2012 yang lalu bertempat di MSN Lembah Keramat. Saya kurang pasti apakah puncanya lebih 30 orang tidak hadir. Tetapi maklumat awal yang saya perolehi ialah masalah pelepasan dari majikan.

Prawet, Taweet dan Hj Dino masih lagi sebagai pengendali pasukan selain kini Malek Shamsudin, apit kiri Emas negara juga dikatakan turut terlibat dalam latihan kali ini. Ini satu perkembangan yang baik!

Cuma sayangnya nama - nama seperti Sobey, Hafiz Rahman, Shafiq Rahman dan beberapa nama besar lain tidak berada dalam senarai 42 orang yang hadir.

Saya berharap barisan pemain muda dan senior yang hadir kali ini mampu memberikan yang terbaik buat negara.

Saksikan sedutan rakaman yang berjaya di buat oleh paparazzi Bolarotan iaitu KF.

Sila klik di sini dan di sini untuk menonton

2 comments:

  1. syg la player2 yg ade nme xpegi..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum sen,

    Semoga mohsen dan keluarga cepat sembuh dari trauma. Nasib baik tiada yang lebih teruk berlaku.. Alhamdulillah. Baru pagi tadi baca paper. semalam kat tv tak perasan. Pagi ni clear jer muka masuk kosmo.
    Cam tak caya jer.

    Salam.

    ReplyDelete