22 March 2012

Masyarakat Bolarotan telah selamat didaftarkan!

Alhamdullillah..segala puji kepada Allah yang merajai alam ini. Semalam kami telah pun menerima email pengesahan dari Pesuruhjaya Pendaftar Sukan yang memaklumkan Masyarakat Bolarotan telah disahkan pendaftarannya. Dengan izin Allah, minggu hadapan semua dokumen akan diserahkan kepada kami.

Buat masa ini, nama yang telah berjaya didaftarkan ialah Kelab Masyarakat Bolarotan Bukit Bintang dengan singkatan MBR. Selepas ini kami akan mendaftarkan pula mengikut Parlimen - parlimen yang ada dinegara ini secara berperingkat agar cita - cita kita bersama untuk melihat MBR menjadi badan bertaraf kebangsaan tercapai.

Syukur juga kehadrat Ilahi kerana menerusi Bolarotan.com, Kementerian Belia dan Sukan meletakkan kepercayaan untuk menganjurkan Kejohanan Sepaktakraw sempena sambutan Hari Belia 2012 yang bakal berlangsung di Putrajaya Mei ini. Lebih menggembirakan kami , KBS mahukan kejohanan ini diberi nama mengikut saranan Bolarotan maka pada peringkat ini kami bersetuju kejohanan ini bakal bernama Kejohanan Sepaktakraw Bolarotan Sempena Hari Belia Negara.


Pada kejohanan itu kelak, MBR akan dilancarkan secara rasmi dan keahlian akan dibuka kepada yang berminat serta beberapa perkara lain juga sedang dirancang. Ini termasuk pertandingan fotografi Sepaktakraw sepanjang kejohanan itu berlangsung.

Kepada yang menyokong MBR, saya mengucapkan jutaan terimakasih kerana membantu MBR ke tahap ini. Bolarotan juga masih diberi kepercayaan untuk mengendalikan data teknikal bagi KFC-Utusan 2012 ini. 

Nantikan maklumat lanjut dari kami. Terimakasih semua!

2 comments:

  1. Tahniah sein !keikhlasan MBR dalam memertabatkan sukan sepaktakraw ini pastinya akan mendapat sokongan dari pencinta sukan tradisi ini.Jerih perih untuk merealissikan niat murni ini insyaallah akan sentiasa di redhai NYA.

    ReplyDelete
  2. Syukur..Moga Allah membantu usaha ini

    ReplyDelete