25 April 2012

Kejohanan Sepaktakraw Bolarotan 2012

Assalamualaikum wbt

25 - 27 Mei 2012 ini akan berlangsung Kejohanan Sepaktakraw Bolarotan di Precint 18 Putarajaya bersempena sambutan Hari Belia Negara 2012. Ini merupaka kejohanan sulung Bolarotan setelah menjadi pertubuhan sah dan sekaligus kejohanan kali ini akan menandakan permulaan kalendar kejohanan rasmi anjuran Bolarotan sendiri.

2 kategori akan di pertandingkan iaitu kategori Bawah 15 tahun dan Terbuka Bawah 40 tahun. Yuran penyertaan untuk kategori Bawah 15 hanya RM10 tetapi terhad kepada 24 regu sahaja kerana perlawanan akan berlangsung secara liga 8 kumpulan.

Manakala kategori Terbuka Bawah 40 tahun pula terhad kepada 48 regu sahaja dan perlawanan berlangsung secara Kalah Singkir. Hanya pemain berusia 40 tahun dan kebawah sahaja yang dibenarkan. Yuran penyertaan ialah RM 50 sahaja.

Hadiah yang ditawarkan adalah seperti berikut:


U15: Johan RM500, Naib Johan RM300, Ke-3/4 RM100 setiap satu dan suku akhir RM50

Terbuka:Johan RM1500, N.Johan RM1000, Ke 3/4 RM500, Suku akhir RM150 setiap satu

Manakala syarat penyertaannya pula ialah untuk kategori terbuka ; HANYA SEORANG PEMAIN BERSTATUS NEGERI / NEGARA bagi setiap regu. Pemain yang pernah mewakili pasukan ke GP Perillys dan Piala Emas Khir Johari di kira sebagai pemain negeri. 

Maklumat lanjut akan muncul Isnin 29 April 2012 nanti.

13 April 2012

Bintang Baru - Azrul a.k.a Pok Chek

Dalam Siri Jelajah Gelanggang ke Kampung Laut baru - baru ini, saya tertarik dengan aksi apit kiri Terengganu iaitu Pok Chek. mampu melakukan libas gulung dengan kaki kiri dengan baik serta kawalan gelanggang yang cukup mantap, Pok Chek antara Bintang Baru yang dilihat berpotensi di bawa ke peringkat yang lebih tinggi. Saksikan rakaman perbualan kami.


12 April 2012

Siri Jelajah Gelanggang - Kampung Laut Marang Terengganu

Kita hanya mampu merancang..namun Allah yang menentukan. Bolarotan telah beberapa kali cuba merencana jadual untuk ke Terengganu bagi melakukan Siri Jelajah Gelanggang (SJG) ke negeri yang memiliki ramai pemain berbakat selain dari program pembangunan sepaktakrawnya yang tersusun. Tetapi hasrat kami kerapkali tertangguh kerana pelbagai perkara dan takdirnya kami berjaya ke Terengganu pada 8 April yang lalu. ALlah Maha Besar..kami diuji dengan kemalangan teruk di Pelabuhan Kuantan pada awal pagi 8 April 2012 apabila kereta Iswara yang dipandu Pengurus Bolarotan iaitu Lukman Mohd Yusop telah bertembung dengan Perodua Viva mengakibatkan kereta yang baru sahaja di 'make-over' beliau berada dalam keadaan remuk dan 'Total Lost'. Saya dan seorang lagi papparazi MBR Khairul Faiezin (KF) terpaksa meneruskan perjalanan ke Terengganu berdua. Mujur Pakcik KF yang menetap di Kerteh sudi membantu. Jazakallahu Khoiron Kasiron!

Mizy Hamid menyambut kami dalam SJG kali ini dengan menjemput kami di Lapangan Terbang Sultan Zainal Abidin dan membawa kami menikmati Keropok Lekor BTB - Bukit Tok Beng yang masyhur. Kali terakhir saya ke sana adalh pada 2 tahun lalu dan kini anda perlu menggunakan nombor giliran untuk membeli keropok lekor yang lazat ini.

Bersama seorang teman sekampung Mizy, kami meneruskan perjalanan ke Kampung Laut Marang untuk menyaksikan sendiri kehebatan gelanggang yang saya sendiri segan untuk beraksi..kerana rata - rata pemainnya cukup hebat! Saksikan rangkuman SJG di bawah...



Fazli Roslan, apit kanan negara turut beraksi di sini. Tetapi belaiu terpaksa pulang ke Kuala Lumpur ketika SJG hadir ke Kampung Laut. Terimakasih atas layanan istimewa Mizy Hamid dan teman - teman malah kami turut dihadiahi dengan 3 pasang kasut Nan Yang putih! Semoga Allah membalas budi baik kalian....

11 April 2012

Siapa Zulkifli Abdul Razak a.k.a Sobey?

Saya mula mendengar namanya kira - kira 2 tahun lalu melalui seorang teman dari Terengganu, menceritakan kepada saya kehebatan servis jejaka ini. Cerita teman saya itu, jejaka muda ini memiliki servis ampuh dan memenangi kejohanan di Terengganu ketika itu. 2 minggu kemudian, saya berpeluang melihat susuk yang diceritakan ini beraksi di Kejohanan Terbuka MBPJ / PappaRich di mana dia beraksi dengan dua bekas pemain negara juga dari Terengganu iaitu Hamikhairi dan Zulhafizuddin (Eppi) menentang regu dari ATM seingat saya.

Sobey asalnya ialah pemain apit kanan

Ramai yang mengagumi kelajuan servisnya terutama ke sisi 7, dengan ketinggian yang baik, serta pinggang yang kuat, servisnya sering memberikan mata dan menjadi sandaran kepada kemenangan regunya. Zulkifli Abdul Razak boleh dijadikan sandaran kepada skuad negara pastinya. 

Hadangan penuh!

Namun, insan muda ini juga sering dikaitkan dengan masalah disiplin. Malah pemilihan skuad negara baru - baru ini oleh PSM juga menunjukkan nama Zulkifli Abdul Razak tidak tersenarai. Siapakah pemain ini? Undian yang dijalankan di Bolarotan menunjukkan lebih  78% peminat mahukan Sobey berada didalam skuad elit negara. Saksikan temubual eksklusif Bolarotan di bawah.


05 April 2012

Laporan Kejohanan Terbuka Ledang - Foto lagi

Foto oleh Fadzil Daud

Naib Johan

Johan



Hadiah acara timang bola..besar hampernya




Pemenang tempat kedua dengan 400 timangan..ini lah paparazzi zon selatan!




Laporan Kejohanan Terbuka Ledang 2012 - Lagi video


Laporan Kejohanan Terbuka Ledang 2012 - Gambar Final

Foto oleh Fadzil Daud


Termenung melihat bola Shahidan

Tony yang namanya semakin meningkat naik




Shahidan Ali yang semakin hebat



Laporan Kejohanan Terbuka Ledang - Foto

Foto oleh Fadzil Daud





Lan Hospital terbang!

Saya kurang pasti apit kanan mereka ini..sesiapa ada info?


Cikgu Ali

Brader Cacing


Gambar ini cukup unik



04 April 2012

Laporan Terbuka Ledang - Video

Video oleh Fadzil Daud



Laporan Kejohanan Terbuka Ledang 2012

Foto oleh Fadzil Daud




Aksi pusingan awal

Ezzat menyarung jersi Bentara kali ini






Laporan Kejohanan Terbuka Ledang 2012

Foto oleh Fadzil Daud 



Kejohanan Sepaktakraw Terbuka Ledang 2012 anjuran Kelab Sukan & Kebajikan Majlis Daerah Tangkak ini sememangnya antaar kejohanan yang dinantikan di selatan tanahair saban tahun. Kali ini dengan hadiah RM1500 untuk johan, sebanyak 46 regu tampil menyahut cabaran dan banyak juga regu dari Lembah Kelang mencuba nasib. Begitu juga regu - regu dari sekitar Johor, Negeri Sembilan dan juga Melaka, penyertaan kali ini di lihat menampilkan banyak nama besar seperti Aizat dan Shahidan Ali (tekong skuad elit Malaysia terkini), Shafiq Rahman, Ahmad Ezzat Zaki, Arif Busu, Hafiz Rahman dan ramai lagi. 






Namun, disebalik semua nama besar itu, BENTARA - kelab sepaktakraw dari Melaka muncul hebat dengan menyapu bersih semua ruang separuh akhir dan atas nama kesukanan dan memberi peluang kepada pemain muda, regu Bentara yang diwakili oleh Shafiq Rahman dan Khairul Nizam Mohd Jidin (Kicap) memberi laluan kepada regu Bentara yang lebih muda iaitu regu Shahidan Ali dan Arif Busu mengisi slot akhir. Tahniah kepada Majlis Daerah Tangkak terutamanya kepada En. Yusman dan En. Jodet yang menjadi orang kuat kepada penganjuran ini. 

Finalis 2012

Saksikan rakaman foto oleh wartawan Bolarotan Zon Selatan iaitu En. Fadzil Daud di entri berikutnya