11 April 2012

Siapa Zulkifli Abdul Razak a.k.a Sobey?

Saya mula mendengar namanya kira - kira 2 tahun lalu melalui seorang teman dari Terengganu, menceritakan kepada saya kehebatan servis jejaka ini. Cerita teman saya itu, jejaka muda ini memiliki servis ampuh dan memenangi kejohanan di Terengganu ketika itu. 2 minggu kemudian, saya berpeluang melihat susuk yang diceritakan ini beraksi di Kejohanan Terbuka MBPJ / PappaRich di mana dia beraksi dengan dua bekas pemain negara juga dari Terengganu iaitu Hamikhairi dan Zulhafizuddin (Eppi) menentang regu dari ATM seingat saya.

Sobey asalnya ialah pemain apit kanan

Ramai yang mengagumi kelajuan servisnya terutama ke sisi 7, dengan ketinggian yang baik, serta pinggang yang kuat, servisnya sering memberikan mata dan menjadi sandaran kepada kemenangan regunya. Zulkifli Abdul Razak boleh dijadikan sandaran kepada skuad negara pastinya. 

Hadangan penuh!

Namun, insan muda ini juga sering dikaitkan dengan masalah disiplin. Malah pemilihan skuad negara baru - baru ini oleh PSM juga menunjukkan nama Zulkifli Abdul Razak tidak tersenarai. Siapakah pemain ini? Undian yang dijalankan di Bolarotan menunjukkan lebih  78% peminat mahukan Sobey berada didalam skuad elit negara. Saksikan temubual eksklusif Bolarotan di bawah.


No comments:

Post a Comment