Klik disini

Search This Blog

Loading...

Thursday, April 12, 2012

Siri Jelajah Gelanggang - Kampung Laut Marang Terengganu

Kita hanya mampu merancang..namun Allah yang menentukan. Bolarotan telah beberapa kali cuba merencana jadual untuk ke Terengganu bagi melakukan Siri Jelajah Gelanggang (SJG) ke negeri yang memiliki ramai pemain berbakat selain dari program pembangunan sepaktakrawnya yang tersusun. Tetapi hasrat kami kerapkali tertangguh kerana pelbagai perkara dan takdirnya kami berjaya ke Terengganu pada 8 April yang lalu. ALlah Maha Besar..kami diuji dengan kemalangan teruk di Pelabuhan Kuantan pada awal pagi 8 April 2012 apabila kereta Iswara yang dipandu Pengurus Bolarotan iaitu Lukman Mohd Yusop telah bertembung dengan Perodua Viva mengakibatkan kereta yang baru sahaja di 'make-over' beliau berada dalam keadaan remuk dan 'Total Lost'. Saya dan seorang lagi papparazi MBR Khairul Faiezin (KF) terpaksa meneruskan perjalanan ke Terengganu berdua. Mujur Pakcik KF yang menetap di Kerteh sudi membantu. Jazakallahu Khoiron Kasiron!

Mizy Hamid menyambut kami dalam SJG kali ini dengan menjemput kami di Lapangan Terbang Sultan Zainal Abidin dan membawa kami menikmati Keropok Lekor BTB - Bukit Tok Beng yang masyhur. Kali terakhir saya ke sana adalh pada 2 tahun lalu dan kini anda perlu menggunakan nombor giliran untuk membeli keropok lekor yang lazat ini.

Bersama seorang teman sekampung Mizy, kami meneruskan perjalanan ke Kampung Laut Marang untuk menyaksikan sendiri kehebatan gelanggang yang saya sendiri segan untuk beraksi..kerana rata - rata pemainnya cukup hebat! Saksikan rangkuman SJG di bawah...



Fazli Roslan, apit kanan negara turut beraksi di sini. Tetapi belaiu terpaksa pulang ke Kuala Lumpur ketika SJG hadir ke Kampung Laut. Terimakasih atas layanan istimewa Mizy Hamid dan teman - teman malah kami turut dihadiahi dengan 3 pasang kasut Nan Yang putih! Semoga Allah membalas budi baik kalian....

No comments:

Post a Comment