04 May 2012

Istaf Super Series Singapura 2012

Foto dari sepaktakraw.org

ISTAF Super Series kali ini berlangsung di Singapura -  Institute of Technical Education Singapore East Campus di mana Malaysia di letakkan sekumpulan dengan Thailand, India, Jepun dan USA kali ini. Di barisi tonggak lama - Norshaharuddin, Farhan serta Fazli Roslan, Malaysia meletakkan harapan servis kepada Tekong ATM Fazil dan muka baru dari Kelantan Hisham atau lebih dikenali sebagai Pok Se. Kumpulan satu lagi menemukan Indonesia, Korea Selatan, Filipina dan Brunei manakala tuan rumah layak secara automatik ke suku akhir.


Setakat malam ini, Malaysia telah berjaya mengesahkan tempat ke suku akhir apabila muncul naib johan kumpulan dan di undi menentang Indonesia esok. Ini merupakan peluang terbaik negara untuk membalas kekalahan di Palembang Sukan SEA lalu.

Thailand pula kali ini tidak menurunkan Siriwat sebaliknya meletakkan tekong muda baru dengan servis kaki kanan dan kepala ke bawah - yang juga agak kemas servisnya. Namun pengalaman Pornchai dan Pattrapong banyak membantu terutama menyambut servis pihak lawan yang menutup sisi 3 dan 5.


Berdasarkan prestasi semasa, saya merasakan Malaysia mampu ke separuh akhir dengan harapan prestasi konsisten dapat ditunjukkan. Cuma saya berharap agar pemain - pemain memberikan 110% tumpuan dan garangkan sedikit permainan. Insyallah Malaysia mampu layak ke pusingan akhir.

3 comments:

  1. Bungkus sudah di suku akhir haha :D.

    ReplyDelete
  2. Siapa nak jawap???? salah pemain 30% selebihnya jurulatih,pengurus & penasihat. Lambat bertindak w/pun tekong fadzil tu selalunya bagus tetapi hari tu dia 'off form' patutnya keluarkan dia sekejap bagi dia 'cool' skit ini tak, mata dah 8-1 baru nak tukar. kalau Siriwat jadi tekong Malaysia pada ari tu pun belum tentu dpt kejar

    ReplyDelete
  3. Tok mat: tak tau nak kata pa dah (cakap stail Penang) haha. Brader Hisham tu masuk ade baik sikit game.Taktikal out sikit (bagi can la 'sikit',ckp 'banyak' krg terasa hati) tambahan pulak ade player injured (bole amik sbg alasan nih).Camni la bro nasib sukan kelas kedua,pakcik Zulkifli Embong pon ulas nk taknak jer.Kalu bola ke,futsal ke,bukan main lebor lagi ko sengih pakcik,padahal sepak raga ni beratus tahun wujud dari sebelum bola ksygn pakcik tu.Yg pakcik tau kondem PSM.Kalau lah kita kata nk dedahkan pemain muda di sirkit antarabangsa,rasenya dh tak larat dedah dah.Tolonglah hidupkan balik liga kebangsaan,malu la sikit dgn Thailand tu dok berebut hak nama sepak takraw,tp kt negara sendiri ia dipinggirkn.Kalu korang nk kata syarikat rokok tak boleh jadi penaja acara sukan,aku tgok makin ramai je org hisap rokok,budak2 sekolah selamba jer.Belaja la terima kritikan dgn hati terbuka,semuanya orang profesional.

    ReplyDelete