31 May 2012

Klinik Sepaktakraw Bolarotan - part 2

Selesai sesi Masran, adiknya pula iaitu Shafiq bekas apit kiri Malaysia pula tampil mengendalikan sesi. Walaupun pada mulanya dia agak gusar tetapi saya lihat dia sangat bersungguh - sungguh dalam mengendalikan sesinya.
Saya akan usahakan lagi sesi klinik bersama Shafiq selepas ini.

Di hari kedua pula 3 orang lagi bintang mengendalikan sesi. Bermula dengan tekong Rasta - Mat Rock atau Rohainizam hadir bersaam topi Rastanya. Peserta klinik begitu seronok mencuba kaedah Servis Silang yang tidak mudah di kuasai itu. Turut disertakan hadiah kepada 2 peserta yang dapat melakukan servis itu dengan baik.

Servis M a.k.a Oduk pula di bawa ke Klinik ini. Mohd Khaizir atau Bro M pula memulakan sesi beliau dengan bantuan moderator Zahir Zidane.  Peserta makin merasa tercabar kerana Servis M lebih sukar nampaknya. 2 helai t-shirt Bolarotan juga menjadi habuan kepada peserta yang dapat meniru gaya Servis M.

Masran, Ezzat dan Zahir

Zahir selaku moderator

Warm - up dulu

Masran tanpa disedari menunjukkan kemahiran kawalan bolanya



Teknik memetik bola dengan tali kasut?

Sesi praktikal

Ezzat menunjukkan kaedahnya

Cara pendaratan Masran

Libasan padu Masran membuatkan peserta terpinga - pinga

Gambar kenang - kenangan

No comments:

Post a Comment