21 May 2012

Klinik Sepaktakraw Bolarotan


Selain dari Kejohanan Bolarotan yang bakal berlangsung 25 - 27 Mei ini, satu klinik sepaktakraw juga akan diadakan di lokasi yang sama. Klinik kali ini membariskan bintang - bintang ternama dan memiliki keunikan tersendiri. 

Zahir Zidane, pembimbing skuad PESTANS adalah moderator yang bakal mengendalikan setiap sesi dan anda berpeluang mempelajari kaedah dan teknik nama - nama besar seperti Ahmad Ezzat Zaki, Bro M, Mat Rock, Masran dan beberapa nama lain yang akan ditampilkan. Klinik ini adalah secara percuma dan terbuka kepada sesiapa sahaja tidak kira yang baru berjinak dengan sepaktakraw mahupun anda yang sudah mahir dan ingin mempelajari sesuatu yang baru.

Jangan lepaskan peluang ini. Bawalah bersama pelajar, anak atau adik anda untuk bersama mendalami dan mengenali bintang - bintang Bolarotan !

No comments:

Post a Comment