31 May 2012

Klinik Sepaktakraw Bolarotan

26 - 27 Mei 2012 yang lalu, di lokasi yang sama Kejohanan Bolarotan 2012 iaitu Pancarona Precint 18 berlangsung Klinik Sepaktakraw Bolarotan yang di kendalikan oleh bekas pemain negara dan bintang - bintang Bolarotan! Segmen tajaan Pallas ini merupakan antara acara tumpuan Bolarotan kerana ini adalah kali pertama klinik seumpamanya yang diadakan serentak dengan kejohanan.

Klinik bermula agak lewat pada hari pertama dengan sesi dimulakan oleh bekas tekong negara iaitu Ahmad Ezzat Zaki bersama moderator Zahir Zidane. Apit kanan PDRM iaitu Masran Abdul Rahman juga turut serta dalam sesi pertama ini. Peserta yang hadir rata - rata pemain di bawah usia 18 tahun sangat teruja terutama melihat Masran melakukan demo libasannya yang padu.

Berikut adalah gambar di hari kedua klinik..


Bro M menunjukkan teknik Servis M a.k.a Oduk

Zahir Zidane menunjukkan teknik balingan

Peserta mencuba Servis Silang Mat Rock


Seksa nak praktik Servis M ni kan?


Peserta yang dapat melakukan Servis Silang dengan hampir sempurna menerima cenderamata

Seorang lagi peserta yang berjaya

Walaupun bersaiz kecil, adik ini dapat meniru gaya Servis M

Peserta bergambar di hari kedua

No comments:

Post a Comment