05 June 2012

58% menolak ahli politik sebagai penaung MBR



Undian yang dijalankan hampir 2 bulan ini menyaksikan 126 responden telah mengundi. Dengan persoalan Wajarkah ahli politik menjadi penaung MBR menunjukkan 58% responden menolak pilihan ini dan hanya 25% sahaja yang bersetuju.

Pandangan ini pasti mengundang reaksi yang pelbagai kerana banyak perkara yang harus di ambil kira. Pertamanya dari sudut kefahaman situasi penajaan di negara Malaysia. Kefahaman biasa ialah lebih mudah memperoleh tajaan dari korporat sekiranya sesuatu badan itu dinaungi oleh ahli politik. Maka dapat diperhatikan kebanyakan persatuan atau kelab berorientasikan sukan atau sosial dinaungi oleh kerabat di Raja atau ahli politik. Kenapa harus mereka? Kerana mereka lebih hampir kepada birokrat dan aristokrat serta korporat. Disitulah banyak kantung berisi wang yang boleh ditagih untuk tujuan penajaan.

Keduanya pula kemungkinan kebanyakan pengundi undian ini terdiri dari mereka yang tidak biasa bergerak dalam persatuan. Maka modus operandi kurang difahami atau mungkin mereka melihat ahli politik secara keseluruhan adalah korup. 

Maka ini seharusnya membuka mata kepada sesiapa sahaja yang berhajat menerajui badan sukan atau sosial. Mengisi kantung persatuan bukanlah satu perkara mudah. Saya sendiri sering ditanya soalan ini. malah ada juga yang menuduh saya mengambil kesempatan memenuhkan kantung sendiri dengan usaha MBR ini. Menuduh memang sedap dan mudah bukan?

No comments:

Post a Comment