14 June 2012

Kejohanan Sepaktakraw KFC-UTUSAN 2012


Kejohanan paling grand di negara ini muncul kembali! KFC Utusan 2012 kini tampil untuk edisi ketiga dengan perubahan lokasi, kategori dan hadiah. Tahun ini 4 kategori di wujudkan iaitu Bawah 12, Bawah 16 , Bawah 20 dan Terbuka. Dengan jumlah hadiah yang lebih lumayan, pastinya ini menjadi acara tahunan yang amat dinantikan oleh peminat sepaktakraw seluruh negara.

Sebagaimana tahun lalu, Bolarotan kali ini juga masih bekerjasama dengan penganjur untuk pengendalian data kejohanan. Ini merangkumi pendaftaran secara online dan sms, senarai pemain dan penjadualan serta rekod mata perlawanan. Bolarotan juga akan membuat liputan sepanjang kejohanan tetapi bezanya tahun ini saya sendiri mungkin tidak hadir ke semua lokasi. Tugasan mengetuai pasukan pengurusan Bolarotan Media & Publication kali ini saya serahkan secara total kepada Pengurus Bolarotan iaitu Luqman Mohd Yusop.

Mampukah Bro M mempertahankan kejuaraannya?

Pelbagai spekulasi dan andaian diberikan kenapa saya tidak turut serta secara langsung malah ramai juga yang bertanya. Saya rasa tidak perlu saya tulis di sini alasannya atas dasar menghormati penganjur dan semua yang terlibat namun secara profesional dan melihyat kepada kemajuan sukan ini, Bolarotan akan terus menyokong KFC-Utusan. Itu janji saya.

Siapakah gandingan Normanizam kali ini?

Esok, krew Bolarotan akan bergerak ke Johor Bharu di mana kali ini, Bolarotan turut memperkenalkan krew terbaru yang juga salah seorang pemain hebat. Siapakah orangnya?? Tunggu!!!

Berbalik kepada kejohanan tahun ini, PESTANS, GASTEP, INFRATEL dan BENTARA menjadi sebutan pada edisi Zon Selatan kali ini. Melihat kepada senarai pemain yang diturunkan saya rasa kejohanan kali ini bakal menyajikan aksi berkualiti dan mantap.

Cuma saya agak terkilan kerana penyertaan dari negeri Johor sendiri agak kurang memberangsangkan. Ada cakap - cakap yang mengatakan pemain sepaktakraw di Johor lebih gemar dengan liga atau kejohanan tertutup walaupun mereka memiliki ramai pemain - pemain yang baik.

GPMS juga berazam menjadi pencabar utama tahun ini

Apa pun saya ucapkan selamat bertugas kepada krew Bolarotan dan selamat bertanding kepada semua yang menyertai edisi Zon Selatan kali ini. Begitu juga kepada barisan pengadil diharapkan semuanya berjalan lancar dan sukses hendaknya

No comments:

Post a Comment