25 June 2012

Kejohanan Sepaktakraw MARA 2012 - Hari pertama

Bermula jam 2 petang tadi, perlawanan peringkat kumpulan berlangsung melibatkan pertembungan seteru berjiran iaitu Perak menentang Kedah. 2 tahun yang lalu, mereka bertemu di peringkat separuh akhir dan berkesudahan Kedah layak ke pusingan akhir dan seterusnya muncul juara. Di gelanggang yang lain pula pertembungan di antara finalis 2010 iaitu Johor menentang Pahang.

Gelanggang yang digunakan. Taraflex sewaan dari MSN


Pasukan Kedah (hijau) v Perak

Jawatankuasa dari Giat MARA Selangor

Pasukan Kedah
Pasukan Perak

Perlawanan regu pertama di menangi oleh Perak dengan 2-0. Manakala pada regu kedua setiap pasukan wajib membariskan pemain veteran dan menyaksikan Kedah bangkit semula setelah berjaya menang dengan perlawanan sengit dan sorakan penonton. Manakala regu ketiga Kedah yang di kemudi Apit Kanan utama MARA iaitu Amran berjaya meletakkan Kedah sebagai pemenang dengan 2-0.

Amran (kiri)



Syam Halim (KE) satu -satunya tekong kuda yang beraksi tadi

Apit kanan veteran Kedah ini masih berbisa meskipun saiz badanj sudah agak besar

Apit kanan Perak


Video rakaman hari pertama kejohanan:

No comments:

Post a Comment