27 June 2012

Kejohanan Sepaktakraw MARA 2012 - Hari kedua

Kedah menepati ramalan apabila layak ke pusingan suku akhir setelah menjuarai kumpulan A dan Perak turut mengiringi mereka. Satu lagi pasukan dalam kumpulan berkenaan iaitu Sabah terpaksa menarik diri kerana kekurangan pemain.

Tekong veteran Kelantan

Apit kanan Pulau Pinang yang meriah!

Regu veteran Pulau Pinang


Regu veteran Kelantan

Selangor dan WPKL juga dilihat bakal mengisi slot suku akhir dari kumpulan C. Selangor yang diperkuatkan dengan Putra Israfil mudah mengalahkan Sarawak dan Perlis. Perlis yang hanya kuat di regu tengah iaitu regu veteran hanya berjaya meraih satu mata bagi setiap perlawanan. WPKL pula bakal berdepan Selangor hari ini untuk menentukan kedudukan juara kumpulan.

Tekong utama Selangor


Putra mengambil alih posisi tekong buat seketika

Bagi kumpulan B pula, Johor dan Pahang mengungguli carta dan Johor selaku finalis 2 tahun lalu masih mengekalkan reputasi hebat mereka.Melaka pula di lihat mampu muncul juara kumpulan D selepas menang 2 kali sebelum ini menentang Terengganu dan Pulau Pinang.


Hari ini perlawanan akan diteruskan untuk menamatkan peringkat kumpulan sebelum ke peringkat suku akhir.

No comments:

Post a Comment