18 July 2012

Hasil Undian terkini Bolarotan

ASPEK APIT KIRI NEGARA YANG HARUS DIPERBAIKI - begitulah tajuk undian yang dijalankan di Bolarotan.com selama hampir sebulan dan hasilnya, 159 orang telah mengundi dan seperti dijangka aspek 1st Ball dan Kawalan Gelanggang menjadi pilihan pembaca.

Saya juga sependapat dalam hal ini dan ia dibuktikan dengan Super Series dan Piala Raja Thai baru - baru ini di mana Siriwat Saka menghalakan servis padunya kepada apit kiri dan 2 hasil berbeza iaitu, apabila ia berlaku antara Thailand menentang Korea Selatan, ia tidak seperti Thailand menentang Malaysia. Perhatikan sahaja apabila aksi Super Series di mana Siriwat mengubah kaedah servisnya dengan lambungan bola dari Pattrapong lebih rendah dan Siriwat menerkam ke arah bola seterusnya menyebabkan bola menuju kearah apit kiri. Faizul a.k.a Kontang ketika itu robek di hentam servis padu Siriwat.

Pattarapong juga mampu mematikan bola dengan pelbagai gaya

Tidak dinafikan barisan apit kiri sedia ada untuk skuad Malaysia adalah antara yang terbaik kini. Namun seperti undian yang  dijalankan, 2 aspek itu dilihat sebagai perkara yang harus diperbaiki untuk menyaingi pasukan lawan.

Perhatikan sahaja apit kiri Korea yang begitu baik permainannya. Selain mampu mengendalikan 1st Ball dengan baik, tackling dan juga susun atur bola dapat dilakukan dengan kemas membolehkan permainan menjadi lebih mudah. Perhatikan saja bagaimana Pattrapong menjadi nadi kepada pasukannya.

Bagaimanakah corak latihan yang perlu untuk mempertingkatkan kemahiran apit kiri Malaysia? Anda ada jawapannya? Kongsikan bersama Bolarotan.com

3 comments:

  1. pada pendapat saya, seorang feeder yang baik perlu ada kemahiran berikut:

    1. Boleh menimang dan mengangkat bola (umpanan) menggunakan kedua2 belah kaki kanan & kiri.

    2. Mempunyai mata yang pantas membaca permainan lawan, pergerakan bola dan gerak badan pelibas.

    3. Mampu backup sebagai killer sokongan sekiranya killer penat atau tersasar dari posisi.

    4. Boleh blocking dengan kaki kiri

    5. Seorang yg berkeperibadian tenang dan matang. Ada daya kepimpinan untuk mengemudi regu (biasanya apit kiri adalah kapten regu).

    6. Kena bijak susun strategi umpanan bola (tegak, short, panjang, sisi, etc)

    7. Bijak dan serasi dengan gaya killer. Tahu kekuatan killer bola mana terbaik utk diumpan.

    8. Kena selalu berkomunikasi dengan tekong, dan serasi (menyokong satu sama lain) semasa bertahan dari serangan lawan.

    9. Fitness terbaik untuk sentiasa tip top.

    10. A good motivator and self motivated.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apakah modul yang sesuai untuk membina perkara di atas?

      Delete
    2. Wahh kalau modul saya tak reti nak buat. Mungkin bolarotan kena buat bengkel special panggil bekas2 feeder Malaysia. Saya hanya jadikan abang saya idola - the best feeder in Kelantan zaman 80-an dulu. Saya pun tak boleh jadi feeder - kemahiran masih rendah... setakat killer atau tekong kuda, boleh redah lagi bro... hehehe

      Delete