11 July 2012

Kejohanan Sepaktakraw KFC Utusan 2012 Zon Utara

Alhamdulillah, akhirnya selesai sudah Kejohanan Sepaktakraw KFC Utusan 2012 Zon Utara baru-baru ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada regu-regu yang bertanding pada edisi kali ini. Secara keseluruhannya, regu-regu yang bertanding mempunyai peluang yang sama rata untuk menjadi johan pada edisi kali ini. Cuma yang menjadi tumpuan pada edisi kali ini adalah pada kategori bawah 12 tahun yang secara keseluruhannya regu-regu yang bertanding berjaya menonjolkan aksi serta permainan yang matang. Berbanding dengan edisi di Zon Selatan, pada edisi kali ini pemain-pemain dalam regu yang bertanding dalam kategori bawah 12 tahun menunjukkan aksi serta kemahiran yang tinggi. Sebagai contoh, dari aspek penerimaan bola pertama  dan mengumpan. Dapat dilihat pemain-pemain muda ini mampu untuk bermain secara tenang dan tidak gopoh. Dalam erti kata yang lain, apabila pihak lawan melakukan servis, mereka mampu untuk menerima bola yang pertama dan membuat umpanan untuk perejam melakukan libasan. Jadi jelas disini, terdapat ramai bakat-bakat muda yang boleh diketengahkan jika mendapat didikan dan pemantauan yang baik.

Video-video semasa kejohanan,

Perlawanan Akhir Kategori Terbuka


Rangkuman Akhir ( Bawah 12,16 dan 20 Tahun )


Rangkuman Hari Pertama ( Bawah 12,16 dan 20 Tahun )



Rangkuman Hari Kedua ( Terbuka )



Rangkuman Separuh Akhir ( Bawah 12,16,20 Tahun dan Terbuka )

No comments:

Post a Comment