23 July 2012

Pemain muda sandaran negara

SUKMA 2012 baru sahaja berlalu. Terengganu seperti di ramal membolot hampir kesemua emas yang ditawarkan dalam sukan sepaktakraw. Usaha kerajaan negeri Terengganu menerusi MSN Terengganu dan Persatuan Sepaktakraw Negeri Terengganu nampaknya semakin membuahkan hasil. Jelas 5 tahun kebelakangan ini bakat dari Terengganu tidak terputus bekalannya. Lihat sahaja KFC Utusan bagi kategori Bawah 12 tahun, pemain Terengganu muncul juara dengan dengan mutu permainan setaraf pelajar sekolah menengah.

Kontijen sepaktakraw Terengganu (foto dari FB Geng Takraw Terengganu)

Sobey, Fazli Roslan, Haanfiah, Zurin , Kamal adalah antara nama dari Terengganu yang kini berada di dalam kem skuad negara. SUKMA yang lalu, hanya Sharudin, Farhan, Fazil, Muqlis, Faizul, Ali dan Nazrin sahaja yang tidak beraksi untuk mana - mana negeri atas faktor usia. Ini bermaksud, hampir separuh dari pemain negara di barisi oleh pemain muda!


(Foto dari FB Mahadzer Mokhtar)
Iskandar Arshad dan Zabidi berada di tahap matang ketika mewakili negara


Seingat saya ketika menonton GP Perillys di Stadium Titiwangsa, pasukan Gemilang ketika itu dibarisi oleh pemain yang matang rata - ratanya berusia 23 ke atas. Ahmad Ezzat antara yang termuda ketika itu. Lapisan pemain yang terdiri dari 'abang - abang' ini memliki karektor pejuang tersendiri. 


(Foto dari FB Mahadzer Mokhtar)
Suhaimi Abdulrahman ketika mewakili negara. Perhatikan wajah pemain ini, nampak senioritinya


Kemudiannya, bagai ada kehilangan dalam generasi saya di mana ketika itu lapisan pemain negara bagai kurang menyerlah sehinggalah munculnya generasi Azlan Mubin dan Putra. Kemudiannya tenggelam semula dan kini, pemain yang beraksi di SUKMA 2012 saya lihat mampu menjadi generasi emas sepaktakraw. Dari usia 16 tahun, pemain berbakat seperti Meor (SM Gunung Rapat), Shahir (Mutiara Impian) sehinggalah ke lapisan Khairul Zaman dilihat mampu membawa sinar kepada negara.


Kejayaan memenangi acara antara regu ASEAN School baru - baru ini menerusi Aizat, Zaman dan apit kiri dari Perak (maaf saya lupa namanya) merupakan satu kejutan buat Siam yang telah mendominasi kejohanan itu sejak 1996. 


Mampukah tenaga muda ini menggalas harapan negara? Doakan bersama!

1 comment: