31 July 2012

September - Bulan Sepaktakraw Malaysia?

Berdasarkan jadual yang saya perhatikan, bulan September 2012 merupakan bulan yang diisi dengan kejohanan yang bersaiz 4 bintang ke atas. Meskipun umat Islam masih lagi merayakan Aidilfitri ketika itu, namun hujung minggu bakal menjadi konflik keluarga apabila berbelah bagi sama ada ke majlis rumah terbuka atau bergasak di gelanggang!

Bermula dengan Piala Datuk Bandar Taiping, kejohanan berstatus 5 bintang ini dijangka menjadi tumpuan utama memandangkan ia sebagai pembuka tirai. Tetapi malangnya ia bertembung pula dengan Kejohanan Piala Menteri Besar Terengganu yang berlangsung pada 7 - 8 Sepetmebr 2012. Ini bermaksud regu yang tewas awal di Terengganu mungkin masih sempat bergegas ke Taiping tetapi oleh kerana undian awal, maka..ia satu pilihan sukar. Kedua - duanya menyajikan hadiah lumayan. Layari laman ini untuk maklumat kejohanan Taiping dan di bawah maklumat kejohanan di Terengganu


Manakala pada 22 - 23 September 2012 pula, kejohanan dwi kategori bakal berlangsung di Putrajaya anjuran PESTAP. Juga berstatus 5 bintang maka ia bakal menjadi medan pertempuran pemain - pemain negara pada hemat saya yang bakal mewakili pasukan - pasukn besar seperti PKNS atau TNB. Klik di sini untuk maklumat kejohanan PESTAP. 

Selain itu, 13 - 15 September 2012 pula tumpuan akan kembali ke Terengganu dengan KFC UtusanZon Timur yang mana mungkin menjadi medan balas demdam regu - regu yang tewas pada minggu sebelumya. Mampukah GASTEP juara di laman sendiri? Bulan yang bakal menyebabkan dinding FB MBR penuh dengan pelbagai catatan saya rasa..namun..selesaikan dahulu ibadah puasa kita ya!



No comments:

Post a Comment