28 September 2012

Hasil undian pembaca - Had umur pemain mewakili negara

Ahmad Ezzat Zaki dan Atan Rambo (apit kanan merah) antara pemain yang sesuai menjadi rakan sparring skuad negara

65% dari pembaca Bolarotan.com yang mengundi poll yang dibuat selama lebih 1 bulan ini memilih untuk Tidak Bersetuju dengan meletakkan had umur pemain untuk mewakili negara. Ini selari dengan pandangan kami di Bolarotan yang mana melihat sama ada semuda mana atau setua mana pemain itu tetapi memiliki kapasiti permainan yang baik harus diberi peluang menggalas cabaran negara. 

Jika diperhatikan barisan pemain negara hari ini, hampir semua pemain berusia di bawah 25 tahun dan dalam kata lain, Malaysia mempunyai pemain muda yang berkaliber. Begitu juga pemain yang sudah berusia tetapi masih baik perminan mereka juga seharusnya diberi peluang.

Suriyan pada usia 38 tahun masih berbakti kepada skuad Thailand dan peranannya cukup berkesan sebagai ketua regu. Pasukan Korea Selatan kalau diperhatikan membariskan pemain - pemain yang sama sejak 5 tahun lalu dan hasilnya, permainan mereka semakin baik saban kejohanan.

Pada hemat saya, sekiranya pemain lama seperti Suhaimi Yusof, Ahmad Ezzat Zaki dan seangkatan dengannya tidak mahu dibariskan dalam skuad negara, wajarlah mereka diletakkan sebagai pasukan saingan latihan atau Sparring Team untuk memantapkan tahap permainan pasukan semasa negara.

Apa pandangan anda?

1 comment:

  1. Cadangan yang bagus. Cuba bawa zabidi shariff, azlan mubin, futra ghani... pengalaman mereka perlu kita "tap" untuk panduan pemain muda.

    ReplyDelete