15 September 2012

PKNS A juara Zon Timur

Mereka berada di status berbeza. Itu yang boleh saya katakan apabila PKNS A gandingan pemain veteran Suhaimi Yusof, Killer nombor satu negara kini Norshahrudin dan sensasi baru dari Kelantan Aizat (Ijat Bomb) menumbangkan Mazatech B yang diperkuat Tekong Super Laju negara iaitu Zulkifli atau Sobey. Bergandingan berganding bersamanya ialah apit kiri terbaik MSSM 2012 iaitu Amirul (Ayong) dan apit kanan yang kurang dikenali sebelum ini iaitu Abdul Rahman.

Trio PKNS A

Namun, tidak mudah buat PKNS A bagi setiap awal set kerana servis Aizat sering tersasar dan di balas pula dengan servis padu Sobey yang sering membawa mata. Tetapi libasan Norshahrudin yang konsisten, hadangan yang baik serra servis Aizat yang menjadi di setiap penghujung set membolehkan mereka menang pada tie-break dengan 15-12.

RM2500 menjadi milik PKNS A yang turut hadir bersama satu lagi regu yang diketaui oleh Futra Abdul Ghani. Mazatech A yang tewas pada pusingan awal nampaknya boleh berpuashasti dengan kemunculan kali pertama di KFC-Utusan ini.

Tahniah kepada pemenang.

1 comment: