28 September 2012

Ulang tahun ke 2 Bolarotan.com


Dalam kemuliaan Jumaat hari ini, sebenarnya Bolarotan.com telah pun menyambut ulang tahunnya yang ke-2. Domain Bolarotan.com ini dibeli dari Exabytes Network ini dengan kos tahunan RM63 nampaknya semakin memberikan kesan kepada perkembangan sepaktakraw tanahair.

Terimakasih atas sokongan yang tuan - tuan pembaca budiman berikan dan tidak lupa juga kepada ahli MBR yang sudah mencecah 1486 orang ahli.

Krew Bolarotan juga semakin bertambah dan dengan kemasukan Khairul Faiezin (KF), Aidil, Ujang dan Rodong nampaknya Bolarotan semakin berkembang baik.

Pengurus Bolarotan.com iaitu Luqman juga nampaknya semakin serasi dengan dunia sepaktakraw. Syabas diucapkan di atas usaha hebat anda!

Terimakasih juga atas pembelian produk Bolarotan.com seperti T-Shirt dan pelekat kereta yang mana hasil dari jualan itu digunakan untuk menampung kos pengendalian laman ini dan paparazzi yang bertugas.

Akhir kalam, teruskan menyokong Bolarotan.com dan marilah kita bersama majukan sepaktakraw ke peringkat yang lebih tinggi!

1 comment: