30 October 2012

PSKPP Negeri Johor 2012

Foto dan berita oleh Fadzil Daud


Kejohanan yang bertempat di Stadium Kluang Johor ini adalah edisi kali ke 40 PSKPP Negeri Johor. Berlangsung pada 19-21 Oktober 2012 yang lalu menyaksikan 4 gelanggang beroperasi serentak dan hanya  satu gelanggang sahaja yang menggunakan Taraflex yang dipasang kemas, selebihnya agak bergelombang namun perlawanan tetap berjalan lancar.

Walaubagaimanapun sebelum kejohanan berlangsung, satu insiden melibatkan pasukan Pontian terlibat kemalangan semasa hari pertama kejohanan, Mujur tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana kereta mereka terbabas.

Semua daerah di Negeri Johor mengambil bahagian dalam kejohanan ini kecuali Mersing dan JPN-IPGM yang tidak hantar wakil atas sebab yang tidak diketahui.


Berikut adalah senarai pasukan yang layak ke separuh akhir mengikut kategori.


Separuh akhir Veteran
1. Veteran Segamat
2. Veteran Kota Tinggi
3. Veteran Muar A dan Muar B

Separuh akhir Senior
4. Johor Baharu
5. Kota tinggi
6. Batu Pahat
7. Muar

Keputusan keseluruhan Veteran
Johan: Muar A
Naib Johan: Kota Tinggi
Ke 3: Muar B
Ke 4: Segamat

Keputusan keseluruhan Senior
Johan: Muar
Naib Johan: Johor Bharu
Ke 3: Batu Pahat
Ke 4: Kota Tinggi

..
Kejohanan peringkat kebangsaan di jangka berlangsung pada 19-22/12/2012 akan datang. Khabarnya bakal berlangsung di Selangor.

Berikut adalah foto yang berjaya dirakamkan.

Veteran Muar



Pasukan Johor Bharu - Cikgu Ali (kanan sekali) dengan gaya tersendiri


Pasukan Muar



Kelibat Ulo juga ada memberikan sokongan pada Cikgu Jack 

Aksi veteran Pasir Gudang

Apit kanan muda dari Pasir Gudang

Cikgu Ali bertindak sebagai apit kanan

Ajid - apit kanan ini di gelar Pecah Batu di Batu Pahat

Muar v Segamat

Shukri ini juga anak didik Codet

Black - Anak didik Codet

Ravi - satu - satunya tekong berbangsa India beraksi untuk Segamat

Aksi Cikgu Ali

Servis Air Terjun dari Cikgu Jack

29 October 2012

Bintang Baru - Jamak Apit kiri kental Melaka

Kali pertama menyaksikan permainan beliau ialah ketika KFC-Utusan 2011 di Paroi. Ketika itu saya melawan regunya (MBMB A) yang dibarisi oleh Sotong (apit kanan), Shahidan Ali dan dia. Permainannya kelihatan matang, kawalan gelanggang yang baik serta berani menunggu libasan membuatkan saya tertarik kepada corak permainannya. Pada tahun itu reguny mara ke separuh akhir Zon Tengah dan kecewa di Grand Finale kerana Tony tidak dapat hadir pada perlawanan awal kerana berkursus.

Jama atau nama sebenarnya Ridzuan rupanya masih muda. Beraksi untuk SUKMA baru - baru ini merupakan pemain MSSM Melaka ketika dibangku sekolah. Anak jati Melaka ini bagaikan lapisan baru selepas apit kiri tersohor Melaka iaitu Shafiq Rahman.

Saksikan rakaman temubual yang sempat saya siapkan ketika SJG ke Melaka bulan lalu. 


23 October 2012

MBR Turun Gelanggang Siri 1

Kini Bolarotan.com satu lagi segmen baru iaitu MBR Turun Gelanggang, satu program turun ke sekolah serata Malaysia bagi mengenalpasti sekolah yang aktif melatih pemain dan mencari pemain berbakat diperingkat sekolah rendah dan menengah.

Untuk Siri 1 ini, saya berkesempatan ke SK Kelibang Langkawi dan dapat bersama adik - adik sekolah rendah yang sangat bersemangat. Terdapat juga seorang pelajar berbangsa India yang berbakat!

Saksikan video MBR Turun Gelanggang di bawah! 


13 October 2012

KFC - Utusan 2012 : Sedutan video

Ini adalah sedutan video yang saya sempat proses.


KFC-Utusan 2012 update - Mazatech B v TNB Selangor Part 2

Ini sambungannya 


Update KFC-Utusan 2012 MAZATECH B v TNB Selangor

Saksikan sedutan menarik ini.


Servis Silang di KFC Utusan 2012

Selain Rahman Perak dan Mat Rock.. seorang lagi tekong silang di kesan di KFC Utusan ini. Saksikan sedutannya.


KFC Utusan 2012 Finale Update

Berikut ialah antara foto yang dapat dirakam

MAZATECH B

Zaman v Man Jepun


Pok Se

Amirul dan Cik Mat


KFC Utusan Finale 2012 - Update

Perlawanan sedang berlangsung rancak. Pusingan awal menyaksikan regu - regu pilihan seperti MAZATECH, MPT, TNB Selangor dan PESTANS D menang perlawanan masing - masing. Kategori U16 tergendala perlawanannya kerana hujan dan mereka beraksi di gelanggang luar.

Kategori U12 paling mencuri tumpuan kerana rally yang panjang dapat disaksikan dan amat menghiburkan.

Berikut ialah rakaman perlawanan Sobey v Shahidan Ali


12 October 2012

Jadual Perlawanan KFC-Utusan 2012 Antara-Zon

















Klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas

Regu Sobey bakal menyengat di KFC - Utusan 2012?

Zulkifli Abdul Razak atau Sobey yang beraksi atas nama MAZATECH untuk KFC-Utusan 2012 Zon Timur yang lalu dilihat mampu menjulang RM10,000.00 hadiah wang tunai yang ditawarkan kali ini. Diapit oleh Amirul Zazwan Amir atau Ayong dan Abdul Rahman ketika menentang PKNS A pada perlawanan akhir, regu milik Zamari Abdul Ghani ini mendapat suntikan baru dengan kemasukan apit kanan muda dan berkaliber dari Negeri Sembilan.

Sobey dengan Servis Super Laju

Apit kanan ini baru sahaja memenangi pingat emas Asean School dan tahun lalu, bermain bersama bekas tekong utama negara iaitu Normanizam. 

Zaman mampu melakukan libasan dengan sangat baik

Tanpa perlu berteka teki lagi, apit kanan yang dimaksudkan ialah Mohd Khairol Zaman atau lebih dikenali dengan Zaman. Pemain muda PESTANS ini di lamar oleh MAZATECH dan PESTANS nampaknya tidak keberatan membenarkan ayam tambatan mereka ini beraksi untuk pasukan luar. Ada juga pihak yang mempertikaikan mengapa Zaman dilepaskan? Bukankah ada regu PESTANS yang juga layak ke pusingan akhir ini.

Regu MAZATECH ini dilihat bakal menjadi pencabar utama. Manakan tidak, tekong nombor satu negara kini iaitu Sobey dilihat sedang berada dipuncak prestasi. Manakala Amirul atau Ayong pula merupakan apit kiri yang sangat berbakat malah muncul sebagai apit kiri terbaik MSSM. Zaman pula yang sudah pun berpengalaman dalam pelbagai kejohanan peringkat tinggi pastinya mampu memberikan saingan mantap.

Ayong dengan permainan yang semakin mantap

Bukanlah saya terlalu memandang tinggi regu ini atau memandang rendah regu lain. Tidak di nafi regu lain seperti GASTEP dan PKNS bukan calang - calang pemain. PESTANS H yang diwakili oleh Bro M, juara tahun lalu juga khabarnya diperkuat dengan 2 pemain luar. 

Debaran makin terasa.. malam esok undian akan berlangsung. Saya juga bakal beraksi dalam kategori jemputan yang bakal membariskan pemain lama seperti Ku Halim, V.Selvaraj, Haji Lan Milo, Ahmad Jais Baharun dan ramai lagi.

Mari beramai - ramai menyaksikan pusingan akhir KFC-Utusan 2012!

11 October 2012

Siri Jelajah Gelanggang - Kampung Batu 3 1/2 Paya Ikan Melaka

SJG kali ini membawa saya ke satu lagi lokasi menarik di negeri Melaka iaitu Kampung Batu 3 1/2 Paya Ikan. Setelah berjajnji dengan Jamak untuk bertemu di dataran MBMB, Jamak membawa saya ke lokasi SJG kali ini yang terletak tidak jauh dari dataran itu.

Gelanggang yang cantik

Setiba di lokasi, beberapa wajah yang melihat saya bagai terkejut kerana tidak menyangka saya akan hadir ke gelanggang mereka. Tanpa berlengah saya terus merakam bahan - bahan menarik untuk tatapan semua.

Mural unik ini terdapat di dinding berdekatan gelanggang

Gelanggang yang berusia lebih 15 tahun ini berada di atas tanah wakaf. Bersebelahan dengan rumah Ketua Kampung iaitu En. Sulong Yusop yang juga aktif bermain sepaktakraw, gelanggang ini dahulunya berada di lokasi lain sebelum dipindahkan ke lokasi sekarang.

Ketua Kampung - En. Sulong Yusop

Dahulunya gelanggang ini menggunakan buluh sebelum bertukar menggunakan batang pinang sebagai garisan gelanggang. Batang pinang disusun dan dilekap ke tanah untuk menjadi garisan dan bulatan gelanggang. 

Plasticman adalah gelaran kepada pemain veteran ini

Kampung yang memliki lebih 600 orang penduduk ini menerima kehadiran ramai pemain dari serata Melaka untuk bergasak di gelanggang ini. Gelanggang Paya Ikan ini beroperasi setiap hari dan selalunya pada Jumaat malam mereka turut membuka gelanggang dan kerap di adakan todi a.k.a Liga Tengkorak.

Pemain veteran MBMB iaitu Abang Amberan turut beraksi disini

Tekong comel UTEM ini turut bermain di sini walaupun tinggal di Londang

Antara pemain - pemain yang kerap beraksi di gelanggang ini


Mereka juga beruntung kerana Ketua Kampung ini iaitu En. Sulong sangat menjiwai sukan sepaktakraw kerana beliau juga dulu beraksi sebagai Tekong dan Apit Kanan. Maka sebarang usaha berkaitan sepaktakraw mendapat sokongan padu dari beliau.

Terimakasih kepada warga Paya Ikan yang sudi menerima saya sebagai tetamu dan memberikan kerjasama yang baik sepanjang SJG ini.

Saksikan rakaman video yang sempat saya titipkan untuk anda.




09 October 2012

Siri Jelajah Gelanggang - Kampung Baru Bukit Katil Melaka


Siri Jelajah Gelanggang kembali lagi. Kali ini saya berkesempatan ke salah satu gelanggang yang berpengaruh di Ayer Keroh Melaka iaitu Kampung Baru Bukit Katil. Terletak berhamoiran dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Melaka, lokasi gelanggang ini agak tersorok ke dalam.

Kedudukannya yang berada betul - betul di halaman rumah En. Zamri, gelanggang ini sebenarnya sudah berusia lebih 15 tahun. Pemain - pemain ternama dari Melaka pastinya pernah menjejakkan kaki di sini diantaranya Tony, Bonen, Boy, Izan , Saiful dan ramai lagi telah merasai gelanggang berpagar ini.

Khabarnya juga Saiful mengalami kecederaannya yang terkini iaitu terkoyak otot digelanggang unik ini.

Kepada anda yang ingin merasai pengalaman bergasak dengan pemain - pemain denga kawalan gelanggang yang baik, jangan lupa singgah di Kampung Baru Bukit Katil.

05 October 2012

Video KFC Utusan Zon Tengah 2012

Alhamdulillah, syukur kita kehadrat ALLAH SWT kerana dengan izinNya Kejohanan Sepaktakraw KFC Utusan Zon Tengah 2012 telah berlangsung dengan jayanya. Disini saya ingin berkongsi dengan anda semua rakaman-rakaman video yang sempat dirakamkan oleh krew kami yang berada disana tempoh hari.


Kategori Terbuka :

 

Kategori Bawah 12, 16 dan 20 :