12 October 2012

Regu Sobey bakal menyengat di KFC - Utusan 2012?

Zulkifli Abdul Razak atau Sobey yang beraksi atas nama MAZATECH untuk KFC-Utusan 2012 Zon Timur yang lalu dilihat mampu menjulang RM10,000.00 hadiah wang tunai yang ditawarkan kali ini. Diapit oleh Amirul Zazwan Amir atau Ayong dan Abdul Rahman ketika menentang PKNS A pada perlawanan akhir, regu milik Zamari Abdul Ghani ini mendapat suntikan baru dengan kemasukan apit kanan muda dan berkaliber dari Negeri Sembilan.

Sobey dengan Servis Super Laju

Apit kanan ini baru sahaja memenangi pingat emas Asean School dan tahun lalu, bermain bersama bekas tekong utama negara iaitu Normanizam. 

Zaman mampu melakukan libasan dengan sangat baik

Tanpa perlu berteka teki lagi, apit kanan yang dimaksudkan ialah Mohd Khairol Zaman atau lebih dikenali dengan Zaman. Pemain muda PESTANS ini di lamar oleh MAZATECH dan PESTANS nampaknya tidak keberatan membenarkan ayam tambatan mereka ini beraksi untuk pasukan luar. Ada juga pihak yang mempertikaikan mengapa Zaman dilepaskan? Bukankah ada regu PESTANS yang juga layak ke pusingan akhir ini.

Regu MAZATECH ini dilihat bakal menjadi pencabar utama. Manakan tidak, tekong nombor satu negara kini iaitu Sobey dilihat sedang berada dipuncak prestasi. Manakala Amirul atau Ayong pula merupakan apit kiri yang sangat berbakat malah muncul sebagai apit kiri terbaik MSSM. Zaman pula yang sudah pun berpengalaman dalam pelbagai kejohanan peringkat tinggi pastinya mampu memberikan saingan mantap.

Ayong dengan permainan yang semakin mantap

Bukanlah saya terlalu memandang tinggi regu ini atau memandang rendah regu lain. Tidak di nafi regu lain seperti GASTEP dan PKNS bukan calang - calang pemain. PESTANS H yang diwakili oleh Bro M, juara tahun lalu juga khabarnya diperkuat dengan 2 pemain luar. 

Debaran makin terasa.. malam esok undian akan berlangsung. Saya juga bakal beraksi dalam kategori jemputan yang bakal membariskan pemain lama seperti Ku Halim, V.Selvaraj, Haji Lan Milo, Ahmad Jais Baharun dan ramai lagi.

Mari beramai - ramai menyaksikan pusingan akhir KFC-Utusan 2012!

2 comments: