11 October 2012

Siri Jelajah Gelanggang - Kampung Batu 3 1/2 Paya Ikan Melaka

SJG kali ini membawa saya ke satu lagi lokasi menarik di negeri Melaka iaitu Kampung Batu 3 1/2 Paya Ikan. Setelah berjajnji dengan Jamak untuk bertemu di dataran MBMB, Jamak membawa saya ke lokasi SJG kali ini yang terletak tidak jauh dari dataran itu.

Gelanggang yang cantik

Setiba di lokasi, beberapa wajah yang melihat saya bagai terkejut kerana tidak menyangka saya akan hadir ke gelanggang mereka. Tanpa berlengah saya terus merakam bahan - bahan menarik untuk tatapan semua.

Mural unik ini terdapat di dinding berdekatan gelanggang

Gelanggang yang berusia lebih 15 tahun ini berada di atas tanah wakaf. Bersebelahan dengan rumah Ketua Kampung iaitu En. Sulong Yusop yang juga aktif bermain sepaktakraw, gelanggang ini dahulunya berada di lokasi lain sebelum dipindahkan ke lokasi sekarang.

Ketua Kampung - En. Sulong Yusop

Dahulunya gelanggang ini menggunakan buluh sebelum bertukar menggunakan batang pinang sebagai garisan gelanggang. Batang pinang disusun dan dilekap ke tanah untuk menjadi garisan dan bulatan gelanggang. 

Plasticman adalah gelaran kepada pemain veteran ini

Kampung yang memliki lebih 600 orang penduduk ini menerima kehadiran ramai pemain dari serata Melaka untuk bergasak di gelanggang ini. Gelanggang Paya Ikan ini beroperasi setiap hari dan selalunya pada Jumaat malam mereka turut membuka gelanggang dan kerap di adakan todi a.k.a Liga Tengkorak.

Pemain veteran MBMB iaitu Abang Amberan turut beraksi disini

Tekong comel UTEM ini turut bermain di sini walaupun tinggal di Londang

Antara pemain - pemain yang kerap beraksi di gelanggang ini


Mereka juga beruntung kerana Ketua Kampung ini iaitu En. Sulong sangat menjiwai sukan sepaktakraw kerana beliau juga dulu beraksi sebagai Tekong dan Apit Kanan. Maka sebarang usaha berkaitan sepaktakraw mendapat sokongan padu dari beliau.

Terimakasih kepada warga Paya Ikan yang sudi menerima saya sebagai tetamu dan memberikan kerjasama yang baik sepanjang SJG ini.

Saksikan rakaman video yang sempat saya titipkan untuk anda.




No comments:

Post a Comment