26 November 2012

Sidang Video - Isu Pemain Negara Ke AUG

Sebenarnya sejak dari SUKIPT yang lalu saya ingin menyatakan perkara ini. Saya rasa pemain negara ke AUG sejak beberapa tahun dahulu telah pun mencemari tatasusila, kehormatan dan semangat kesukanan yang sepatutnya bertujuan murni. Harap tonton video ini dan terimalah dengan cara terbuka.


24 November 2012

Siri Jelajah Gelanggang - Kampung Endah Morib

Bolarotan sempat singgah ke lokasi yang mana juga merupakan kampung halaman kepada salah seorang paparazzi Bolarotan iaitu Rodong. Kampung Endah di Morib ini memiliki gelanggang yang suasana sekelilingnya amat menarik. Bersebelahan Masjid Kg Endah, gelanggang inj beroperasi hampir setiap petang dengan 3-4 regu setiap kali.

Kedudukannya yang agak kedalam membuatkan ramai yang tidak tahu tentang kewujudan gelanggang ini.

Saksikan sedutan rakaman SJG kali ini.


22 November 2012

Perlawanan Persahabatan Bolarotan Junior menentang Bendemeer School Singapore

21 November 2012
Kompleks Sukan Kampung Pandan

Satu perlawanan persahabatan yang melibatkan hampir 50 orang pelajar sekolah telah berlangsung dengan jayanya di Kompleks Sukan Kampung Pandan semalam. Pasukan dari Singapura iaitu Bendemeer School telah datang ke Kuala Lumpur untuk siri latihan sepaktakraw mereka dan perlawanan menentang Bolarotan Junior iaitu peserta Bengkel Sepaktakraw Cuti Sekolah MBR 2012. Pemain - pemain berusia dari 12 hingga 17 tahun telah terlibat dalam acara ini. Ini merupakan kali kedua Bendemeer School hadir untuk siri perlawanan persahabatan di mana tahun lalu mereka hadir dengan jumlah yang kurang sedikit berbanding tahun ini.

Apa yang boleh saya katakan mengenai perlawanan semalam ialah pertamanya Singapura beruntung kerana sukan sepaktakraw turut di mainkan oleh bangsa selain Melayu. Tidak kurang dari 5 orang pelajar berbangsa Cina semalam beraksi di pelbagai posisi.Jurulatihnya En. Jumadi nampaknya berjaya membentuk pemain - pemain ini dengan baik.Syabas diucapkan!

Berikut ialah beberapa foto yang sempat dirakamkan. Juga temubual bersama Yahya, pemain apit kiri berbakat dari Bendemeer.






















Tekong U17 Bendemeer berbangsa Cina

Bakat cilik dari Chereas Perdana

Servisnya makin baik

Anak didik Bangi

Adik kepada apit kiri Selangor - Jawa

Batal!!!!

Inilah Yahya

Dahulunya, ayah kepada pemain ini pernah beraksi bersama saya



Rangkuman perlawanan


Temubual bersama Yahya








Bengkel Sepaktakraw Cuti Sekolah MBR 2012

20 November 2012 telah berlangsung di Kompleks Sukan Kampung Pandan satu bengkel sepaktakraw yang dijalankan untuk pelajar sekolah bersempena dengan cuti hujung tahun ini. Seramai 11 orang pelajar dari usia 12 hingga 17 tahun telah menyertai bengkel ini. Terimakasih kepada yang hadir dan juga kepada fasilitator yang membantu iaitu En. Ahmad Nizar dari Cheras Perdana Sepaktakraw Club (CPSC) , Din Feeder dari Universiti Malaya dan Khairul Faiezin selaku Paparazzi.

Sesi regangan bersama Din Feeder



Pasangan kembar berbakat - memiliki saiz badan yang baik pada usia 15 tahun

Latihan kawalan hantaran bola


Latihan apit kiri oleh Din Feeder

Latihan 1st ball

Saksikan rakaman video ini

19 November 2012

Siri Jelajah Gelanggang - Pusat Komuniti Precint 11 Putrajaya

Saya berkesempatan ke Pusat Komuniti Precint 11 Putrajaya di mana ia adalah satu lokasi yang sangat selesa untuk bersukan. Dengan medan selera yang serba lengkap, kolam renang dan gelanggang yang selesa membolehkan pengunjung kemari beriadah dengan seronok.

Dengan 4 gelanggang yang tersedia, PESTAP atau Persatuan Sepaktakraw Putrajaya menempah Isnin, Rabu dan Ahad setiap minggu untuk latihan. Isnin dan Rabu gelanggang sepaktakraw beroperasi 6 petang hingga 8 malam. Hari Ahad pula gelanggang beroperasi dari 8 malam hingga 12 tengah malam.

Ramai yang bergasak di sini terdiri dari nama - nama besar. Ahmad Sufi, Bro M, Hafiz apit kiri KESTAP 9, Anuar PDRM, Joy Perak dan ramai lagi. Kehadiran saya di sini tanpa kelibat Nama Ku Abu iaitu Setiausaha PESTAP yang kini berada di Nepal untuk persediaan ke Everest.

Saksikan rakaman video yang sempat disediakan.


18 November 2012

Liga Tengkorak - Kajang Utama

Saya berkesempatan menyertai Liga Tengkorak atau Metro seperti ia disebut oleh pemain - pemain di Kajang Utama ini. Ia adalah satu aktiviti mingguan di gelanggang ini dengan yuran penyertaan RM11 - RM10 untuk hadiah dan RM1 untuk bola.

Pemain yang beraksi di sini rata - ratanya dari sekitar Kajang, Bangi, Serdang, Cheras dan juga Bandar Seri Putra. Regu saya tumpas pada malam ini. Saksikan sedutannya.


17 November 2012

Palestin - Kami turut mendoakan kalian!!

Dalam beberapa hari ini kita menyaksikan pelbagai berita terkini mengenai nasib Umat Islam di Palestine - di bedil dan di bunuh oleh Israel - Zionis Laknatullah.

Dalam hal ini barisan pengurusan Bolarotan.com sepakat untuk menunjukkan rasa simpati terhadap saudara seagama di Palestine dan berdoa agar Allah melindungi mereka dari tindakan kejam Zionis ini.

Terimakasih Khairul Faiezin di atas penghasilan video ini.


16 November 2012

Bengkel Sepaktakraw Cuti Sekolah


Bersempena dengan cuti sekolah ini, satu bengkel sepaktakraw akan diadakan untuk pelajar - pelajar berusia 9 hingga 18 tahun. Program akan bermula jam 9 pagi sehingga 6 petang bertempat di Kompleks Sukan Kampung Pandan dan ianya percuma. 

Bengkel ini akan dikendalikan oleh ahli Masyarakat Bolarotan dan ini adalah preview untuk program bersama Kementerian Belia dan Sukan 2013 - Trio Impian yang bakal dijalankan nanti. Untuk makluman lanjut hubungi 013-3889214.

Peserta yang hadir ini akan diberikan latihan teknik permainan berdasarkan latihan spesifik dan pada 21 November itu pula peserta akan diberikan peluang beraksi menentang skuad dari Singapura. Jangan lepaskan peluang ini!

Liga Tengkorak STCU

Saya berkesempatan ke gelanggang lama saya iaitu di Taman Cheras Utama. Antara tujuan utama saya ke sana ialah untuk melihat sendiri kemajuan yang telah ditunjukkan oleh pemain - pemain di sana. Antara kemajuan yang ketara ialah hampir setiap malam mereka akan bermain dengan barisan pemain yang selalunya melebihi 3 regu. Mutu permainan yang jauh  meningkat serta mereka kini aktif dengan Facebook mereka sendiri - klik di sini 

Penyampaian T-Shirt MBR sebagai tanda sokongan Bolarotan.com kepada STCU

Gaya penulisan adminnya juga sangat menarik dan saya perhatikan ini merupakan antara group Facebook sepaktakraw yang wajar di contohi.Jais iaitu admin fb STCU ini memiliki kemampuan mengulas dan kreativiti yang cukup tinggi. Syabas saya ucapkan.

Saksikan rakaman perlawanan malam tersebut.


14 November 2012

Zaman v Pornchai

Akhirnya masalah teknikal video Zaman v Pornchai berjaya diselesaikan.
Saksikan aksi hebat pemain muda ini dengan rakan seregu beliau Fazil dan Kontang. Manakala pihak lawan mereka bukan calang - calang pemain iaitu Pornchai, Siriwat dan Suriyan. Tahniah Zaman atas prestasi yang semakin meningkat!








06 November 2012

Siti Jelajah Gelanggang - Balai Bomba Port Dickson

Saya berkesempatan melakukan SJG kali ini ketika bertugas di Ilham Resorts Port Dickson. oleh kerana kawasan ini berhampiran Teluk Kemang, maka saya telah ke Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson.

Terdapat sebuah gelanggang yang aktif di sini. Bukan semua yang beraksi digelanggang ini anggota bomba, mereka yang tinggal sekitar Port Dickson ini hadir bermain selain beraksi di gelanggang sekitarnya.

Terdapat 4 - 5 regu yang bermain di sini secara aktif. Gelanggang di buka dari jam 5.45 petang sehingga Maghrib.

Saksikan rakaman yang telah saya siapkan.


02 November 2012

Projek video sepaktakraw

Bolarotan sedang dalam rangka menghasilkan video teknik permainan sepaktakraw untuk kegunaan mereka yang ingin mempelajari asas permainan ini. Video ini bertujuan membantu mereka yang berminat dengan sukan sepaktakraw tetapi tidak mendapat akses kepada jurulatih yang bertauliah dan berpengalaman.

Tujuan video ini ditayangkan adalah untuk memberi gambaran tahap kualiti video yang bakal digunapakai dan mengharapkan maklumbalas dari peminat mengenai mutu dan sudut penggambaran. Terutamanya kepada anda diluar sana yang mahir dengan rakamn foto dan video, sila kongsikan pengalaman dan kemahiran anda agar kami dapat menghasilkan sesuatu yang baik.

Rakaman ini di buat di Teluk Dalam Pulau Pangkor dengan menggunakan Nikon D7000 dan lensa FishEye Sam Yang 8mm.