26 December 2012

Video Perlawanan Akhir MBPJ Open 2012


Saksikan rakaman perlawanan akhir Kejohanan Terbuka MBPJ 2012 bagi kategori Media dan juga Terbuka. Ekslusif untuk anda di Bolarotan.com.

Final Media





Final Terbuka

24 December 2012

Video Perlawanan Akhir MSSKPM 2012

Saksikan rakaman perlawanan akhir MSSKPM 2012. Ekslusif untuk anda di Bolarotan.com.




Regu Pertama (Senior Atas)




                                               Johor  : Rahman, Cikgu Ali, Azmi
Selangor  : Lan Mubin, Cikgu Ariff, Aziz




Regu Kedua ( Veteran)




                                                   Johor : Apek, Cikgu Jack, Azmi
                                               Selangor : Awi Awang, Wak Cangkul,  Nazam



Regu Ketiga (Senior Bawah)


                                                  Johor : Codet, Azaimi, Syukri
                                              Selangor : Awi Seman, Yon, Budin, Put


23 December 2012

‘Raja Libas’, Raja Lawak berentap di MBPJ



KUALA LUMPUR – Aksi skuad elit Malaysia, gelagat peserta Maharaja Lawak Mega dan cabutan bertuah hadiah istimewa menjadi antara daya tarikan dalam Kejohanan Sepaktakraw Terbuka Petaling Jaya (MBPJ) Ke-20, 2012 merebut Piala Datuk Bandar mulai hari ini hingga esok.
Tiga regu negara, Malaysia ‘A’, ’B’ dan ‘C’ bakal berentap dengan 17 lawan sehandal mereka antaranya tuan rumah MBPJ, PDRM, PKNS dan Bukit Putra dalam perebutan trofi dan ganjaran kemenangan hampir RM10,000 itu Dewan D’Kelana, Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor.  
Pengerusi Persatuan Sepaktakraw MBPJ, Zey Iskandar Mohammed Jamil berkata, kejohanan itu akan dirasmikan pembukaannya oleh Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail yang juga Timbalan Presiden I Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (Istaf).  
“Perasmian kejohanan dijadualkan pukul 2.45 petang ini dan beliau akan menyaksikan perlawanan liga berkumpulan antara Malaysia ‘C’ dengan MBPJ ‘B’, selepas itu,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini, semalam.
Menurutnya, majlis penutupan rasmi dan penyampaian hadiah pula akan dilakukan oleh Timbalan Datuk Bandar, Tuan Puasa Md. Taib, kira-kira pukul 5 petang esok sebaik sahaja selesai perlawanan akhir kategori Terbuka.
Katanya, dua peserta Maharaja Lawak Mega 2012 iaitu Mat Over dan Rahim R2 selain beberapa bekas peserta Raja Lawak pula akan hadir memeriahkan pertandingan kalah mati kategori Media dan Artis yang melibatkan 12 regu pada hari terakhir kejohanan mulai 9 pagi esok.
“Meneruskan tradisi seperti kejohanan lalu, kami juga akan menyediakan hadiah berupa barangan elektrik yang menarik bagi cabutan bertuah yang terbuka kepada sesiapa yang hadir pada kejohanan ini,” katanya yang juga Setiausaha kejohanan.
UNDIAN KUMPULAN KATEGORI TERBUKA KEJOHANAN SEPAKTAKRAW TERBUKA MBPJ KE-20, 2012
KUMPULAN A
KUMPULAN B
KUMPULAN C
KUMPULAN D
A
1
MALAYSIA 'A'

B
1
MPSJ 'A'

C
1
MBPJ 'C'
D
1
WOLFPLAN
A
2
PDRM 'B'

B
2
PKNS 'B'

C
2
PDRM 'C'
D
2
INFRATEL
A
3
BUKIT PUTRA 'A'

B
3
MBPJ 'B'

C
3
MALAYSIA 'B'
D
3
PDRM 'A'
A
4
DANGAU RUMBIA
B
4
BUKIT PUTRA 'B'
C
4
JAGUH KAMPUNG
D
4
MBPJ 'A'
A
5
MPSJ 'B'
B
5
MALAYSIA 'C'
C
5
PKNS 'A'
D
5
BUKIT PUTRA 'C'
KUMPULAN D

D
1
WOLFPLAN

D
2
INFRATEL

D
3
PDRM 'A'

D
4
MBPJ 'A'

D
5
BUKIT PUTRA 'C'

 
SENARAI JUARA LALU (TERBUKA)
2000: TELEKOM MALAYSIA A
2001: TELEKOM MALAYSIA A
2004: TM
2006: PDRM B
2010: PKNS A
2011: BUKIT ANGKASA B

KETERANGAN GAMBAR
MBPJ-2)
APIT KANAN BUKIT ANGKASA B, TAWESAK KONGSAI (KANAN) MELAKUKAN LIBASAN GULUNG PADU SAMBIL CUBA DIADANG PEMAIN PDRM B, MASRAN ABD. RAHMAN PADA PERLAWANAN AKHIR KEJOHANAN SEPAKTAKRAW TERBUKA MBPJ, TAHUN LALU.


 

18 December 2012

Jangan hadkan jumlah regu!

Sebanyak 57% memilih untuk Tidak Bersetuju dari 122 responden mengenai undian yang dijalankan berkaitan jumlah regu dari pasukan yang sama ke Kejohanan Sepaktakraw KFC-Utusan. Nampaknya majoriti memilih untuk tiada sekatan ke atas jumlah regu dari pasukan yang sama. Barangkali pengundi melihat isu dominasi satu - satu pasukan mungkin tidak akan berlaku.

Glory Ads antara pasukan yan gmula membina nama

Jumlah regu yang dihantar oleh satu  -satu pasukan ke mana - mana kejohanan boleh dilihat bakal mempengaruhi mutu kejohanan, mutu perlawanan dan juga semangat kesukanan. Ini adalah satu senario biasa apabila penganjur kejohanan tidak meletakkan had regu dari satu - satu pasukan. Namun, kuantiti juga bukanlah penentu kepada kualiti.Ini terbukti ketika KFC-Utusan 2011 apabila PESTANS menghantar lebih 30 regu untuk semua kategori dan berkesudahan tiada satu pun ke pusingan akhir.

Tetapi berlaku juga senario seperti kejohanan di Putrajaya apabila PKNS membolot semua tempat di separuh akhir. Akibatnya penonton pulang awal kerana perlawanan tidak seperti yang diharapkan. 

Dari segi kebaikan pula, ia mampu menarik lebih banyak penyertaan khususnya kepada pasukan yang mempunyai peruntukan yang lebih besar. Malah ia mampu juga menarik lebih ramai nama besar untuk menyertai kejohanan yang sama.. Sekaligus membolehkan lebih banyak penaja dipengaruhi.

14 December 2012

Siri Jelajah Gelanggang - Kompleks Sukan MSN Pagoh Jaya

Dalam Siri Jelajah Gelanggang ke Selatan baru - baru ini, kami berjaya singgah ke Kompleks Sukan MSN Pagoh Jaya Johor. Sepatutnya kami ke lokasi lain pada hari itu tetapi kerana hujan  maka bertukar pula kami  ke lokasi ini.

Disebelah kiri saya ialah Presiden Persatuan Belia Pagoh Jaya ; Adon

Takdir menemukan saya dengan junior saya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dulu iaitu Adon. Rupa - rupanya beliau ialah Presiden Persatuan Belia Pagoh Jaya yang meletakkan Sepaktakraw sebagai agenda utama mereka. Lebih menarik lagi beliau yang dulu beraksi di posisi tekong kini bergasak sebagai apit kanan dan yang lebih mengejutkan, wajah beliau kini iras apit kanan sensasi Koyo.

Gelanggang yang sangat selesa ini beroperasi 3 kali seminggu. Sekiranya anda ingin kesana, sila berhubung terus dengan mereka yang sememangnya aktif di MBR. Saksikan rakaman video ini.


12 December 2012

Kejohanan Sepaktakraw Terbuka UPM

Ia kembali lagi! Kejohanan sepaktakraw Terbuka UPM anjuran pelajar - pelajar bagi matapelajaran QKS mereka menemuni peminat sepaktakraw sekali lagi. Kali ini akan belangsung pada 23 Disember 2012 yang mana menyaksikan pertembungan beberapa kejohanan besar. Bermakna peluang merebut kejohanan mungkin terbuka buat regu - regu amatur! Jangan lepaskan peluang ini..



11 December 2012

Siri Jelajah Gelanggang - Taman Suria Ayer Hitam


Krew Bolarotan berkesempatan untuk melawat ke lokasi gelanggang takraw Taman Suria dengan bantuan Halim, antara tekong tersohor di negeri johor ini. terletak di tengah-tengah kawasan perumahan, suasana gelanggang cukup selesa kerana kawasan ini berbumbung. Dibantu dengan lampu yang terang, gelanggang ini beroperasi hampir setiap petang dan juga malam.

Khabarnya ramai juga nama-nama besar yang membesar dan bermain disini.

Saksikan sedutan SJG kali ini.


pemain-pemain yang bermain petang semalam




03 December 2012

Piala Presiden 2012 - Sedutan perlawanan pilihan

Seperti yang dijanjikan, sedutan video perlawanan beberapa pasukan disediakan untuk tatapan anda.
Terimakasih kepada Ketua Penerbitan Video Bolarotan.com iaitu En. Khairul Faiezin atas rakaman dan suntingan yang baik ini.