18 December 2012

Jangan hadkan jumlah regu!

Sebanyak 57% memilih untuk Tidak Bersetuju dari 122 responden mengenai undian yang dijalankan berkaitan jumlah regu dari pasukan yang sama ke Kejohanan Sepaktakraw KFC-Utusan. Nampaknya majoriti memilih untuk tiada sekatan ke atas jumlah regu dari pasukan yang sama. Barangkali pengundi melihat isu dominasi satu - satu pasukan mungkin tidak akan berlaku.

Glory Ads antara pasukan yan gmula membina nama

Jumlah regu yang dihantar oleh satu  -satu pasukan ke mana - mana kejohanan boleh dilihat bakal mempengaruhi mutu kejohanan, mutu perlawanan dan juga semangat kesukanan. Ini adalah satu senario biasa apabila penganjur kejohanan tidak meletakkan had regu dari satu - satu pasukan. Namun, kuantiti juga bukanlah penentu kepada kualiti.Ini terbukti ketika KFC-Utusan 2011 apabila PESTANS menghantar lebih 30 regu untuk semua kategori dan berkesudahan tiada satu pun ke pusingan akhir.

Tetapi berlaku juga senario seperti kejohanan di Putrajaya apabila PKNS membolot semua tempat di separuh akhir. Akibatnya penonton pulang awal kerana perlawanan tidak seperti yang diharapkan. 

Dari segi kebaikan pula, ia mampu menarik lebih banyak penyertaan khususnya kepada pasukan yang mempunyai peruntukan yang lebih besar. Malah ia mampu juga menarik lebih ramai nama besar untuk menyertai kejohanan yang sama.. Sekaligus membolehkan lebih banyak penaja dipengaruhi.

No comments:

Post a Comment