23 December 2012

‘Raja Libas’, Raja Lawak berentap di MBPJ



KUALA LUMPUR – Aksi skuad elit Malaysia, gelagat peserta Maharaja Lawak Mega dan cabutan bertuah hadiah istimewa menjadi antara daya tarikan dalam Kejohanan Sepaktakraw Terbuka Petaling Jaya (MBPJ) Ke-20, 2012 merebut Piala Datuk Bandar mulai hari ini hingga esok.
Tiga regu negara, Malaysia ‘A’, ’B’ dan ‘C’ bakal berentap dengan 17 lawan sehandal mereka antaranya tuan rumah MBPJ, PDRM, PKNS dan Bukit Putra dalam perebutan trofi dan ganjaran kemenangan hampir RM10,000 itu Dewan D’Kelana, Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor.  
Pengerusi Persatuan Sepaktakraw MBPJ, Zey Iskandar Mohammed Jamil berkata, kejohanan itu akan dirasmikan pembukaannya oleh Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail yang juga Timbalan Presiden I Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (Istaf).  
“Perasmian kejohanan dijadualkan pukul 2.45 petang ini dan beliau akan menyaksikan perlawanan liga berkumpulan antara Malaysia ‘C’ dengan MBPJ ‘B’, selepas itu,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini, semalam.
Menurutnya, majlis penutupan rasmi dan penyampaian hadiah pula akan dilakukan oleh Timbalan Datuk Bandar, Tuan Puasa Md. Taib, kira-kira pukul 5 petang esok sebaik sahaja selesai perlawanan akhir kategori Terbuka.
Katanya, dua peserta Maharaja Lawak Mega 2012 iaitu Mat Over dan Rahim R2 selain beberapa bekas peserta Raja Lawak pula akan hadir memeriahkan pertandingan kalah mati kategori Media dan Artis yang melibatkan 12 regu pada hari terakhir kejohanan mulai 9 pagi esok.
“Meneruskan tradisi seperti kejohanan lalu, kami juga akan menyediakan hadiah berupa barangan elektrik yang menarik bagi cabutan bertuah yang terbuka kepada sesiapa yang hadir pada kejohanan ini,” katanya yang juga Setiausaha kejohanan.
UNDIAN KUMPULAN KATEGORI TERBUKA KEJOHANAN SEPAKTAKRAW TERBUKA MBPJ KE-20, 2012
KUMPULAN A
KUMPULAN B
KUMPULAN C
KUMPULAN D
A
1
MALAYSIA 'A'

B
1
MPSJ 'A'

C
1
MBPJ 'C'
D
1
WOLFPLAN
A
2
PDRM 'B'

B
2
PKNS 'B'

C
2
PDRM 'C'
D
2
INFRATEL
A
3
BUKIT PUTRA 'A'

B
3
MBPJ 'B'

C
3
MALAYSIA 'B'
D
3
PDRM 'A'
A
4
DANGAU RUMBIA
B
4
BUKIT PUTRA 'B'
C
4
JAGUH KAMPUNG
D
4
MBPJ 'A'
A
5
MPSJ 'B'
B
5
MALAYSIA 'C'
C
5
PKNS 'A'
D
5
BUKIT PUTRA 'C'
KUMPULAN D

D
1
WOLFPLAN

D
2
INFRATEL

D
3
PDRM 'A'

D
4
MBPJ 'A'

D
5
BUKIT PUTRA 'C'

 
SENARAI JUARA LALU (TERBUKA)
2000: TELEKOM MALAYSIA A
2001: TELEKOM MALAYSIA A
2004: TM
2006: PDRM B
2010: PKNS A
2011: BUKIT ANGKASA B

KETERANGAN GAMBAR
MBPJ-2)
APIT KANAN BUKIT ANGKASA B, TAWESAK KONGSAI (KANAN) MELAKUKAN LIBASAN GULUNG PADU SAMBIL CUBA DIADANG PEMAIN PDRM B, MASRAN ABD. RAHMAN PADA PERLAWANAN AKHIR KEJOHANAN SEPAKTAKRAW TERBUKA MBPJ, TAHUN LALU.


 

No comments:

Post a Comment