14 December 2012

Siri Jelajah Gelanggang - Kompleks Sukan MSN Pagoh Jaya

Dalam Siri Jelajah Gelanggang ke Selatan baru - baru ini, kami berjaya singgah ke Kompleks Sukan MSN Pagoh Jaya Johor. Sepatutnya kami ke lokasi lain pada hari itu tetapi kerana hujan  maka bertukar pula kami  ke lokasi ini.

Disebelah kiri saya ialah Presiden Persatuan Belia Pagoh Jaya ; Adon

Takdir menemukan saya dengan junior saya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dulu iaitu Adon. Rupa - rupanya beliau ialah Presiden Persatuan Belia Pagoh Jaya yang meletakkan Sepaktakraw sebagai agenda utama mereka. Lebih menarik lagi beliau yang dulu beraksi di posisi tekong kini bergasak sebagai apit kanan dan yang lebih mengejutkan, wajah beliau kini iras apit kanan sensasi Koyo.

Gelanggang yang sangat selesa ini beroperasi 3 kali seminggu. Sekiranya anda ingin kesana, sila berhubung terus dengan mereka yang sememangnya aktif di MBR. Saksikan rakaman video ini.


2 comments:

  1. adakah pihak BolaRotan terlibat di AUG LAOS?Harap dapatlah kongsikan videonya.

    ReplyDelete
  2. Bolarotan tidak terlibat dalam membuat liputan. Cuma berita yang diperolehi kita sekarar meraih pingat perak untuk acara regu

    ReplyDelete