Klik disini

Search This Blog

Loading...

Tuesday, July 31, 2012

September - Bulan Sepaktakraw Malaysia?

Berdasarkan jadual yang saya perhatikan, bulan September 2012 merupakan bulan yang diisi dengan kejohanan yang bersaiz 4 bintang ke atas. Meskipun umat Islam masih lagi merayakan Aidilfitri ketika itu, namun hujung minggu bakal menjadi konflik keluarga apabila berbelah bagi sama ada ke majlis rumah terbuka atau bergasak di gelanggang!

Bermula dengan Piala Datuk Bandar Taiping, kejohanan berstatus 5 bintang ini dijangka menjadi tumpuan utama memandangkan ia sebagai pembuka tirai. Tetapi malangnya ia bertembung pula dengan Kejohanan Piala Menteri Besar Terengganu yang berlangsung pada 7 - 8 Sepetmebr 2012. Ini bermaksud regu yang tewas awal di Terengganu mungkin masih sempat bergegas ke Taiping tetapi oleh kerana undian awal, maka..ia satu pilihan sukar. Kedua - duanya menyajikan hadiah lumayan. Layari laman ini untuk maklumat kejohanan Taiping dan di bawah maklumat kejohanan di Terengganu


Manakala pada 22 - 23 September 2012 pula, kejohanan dwi kategori bakal berlangsung di Putrajaya anjuran PESTAP. Juga berstatus 5 bintang maka ia bakal menjadi medan pertempuran pemain - pemain negara pada hemat saya yang bakal mewakili pasukan - pasukn besar seperti PKNS atau TNB. Klik di sini untuk maklumat kejohanan PESTAP. 

Selain itu, 13 - 15 September 2012 pula tumpuan akan kembali ke Terengganu dengan KFC UtusanZon Timur yang mana mungkin menjadi medan balas demdam regu - regu yang tewas pada minggu sebelumya. Mampukah GASTEP juara di laman sendiri? Bulan yang bakal menyebabkan dinding FB MBR penuh dengan pelbagai catatan saya rasa..namun..selesaikan dahulu ibadah puasa kita ya!



Tuesday, July 24, 2012

Temuramah bersama Malik Samsuddin

Alhamdulillah..Pada kali ini, krew MBR berpeluang untuk menemuramah salah seorang Lagenda Sepaktakraw Malaysia iaitu Malik Samsuddin. Saksikan video temuramah yang telah dijalankan :

Monday, July 23, 2012

Pemain muda sandaran negara

SUKMA 2012 baru sahaja berlalu. Terengganu seperti di ramal membolot hampir kesemua emas yang ditawarkan dalam sukan sepaktakraw. Usaha kerajaan negeri Terengganu menerusi MSN Terengganu dan Persatuan Sepaktakraw Negeri Terengganu nampaknya semakin membuahkan hasil. Jelas 5 tahun kebelakangan ini bakat dari Terengganu tidak terputus bekalannya. Lihat sahaja KFC Utusan bagi kategori Bawah 12 tahun, pemain Terengganu muncul juara dengan dengan mutu permainan setaraf pelajar sekolah menengah.

Kontijen sepaktakraw Terengganu (foto dari FB Geng Takraw Terengganu)

Sobey, Fazli Roslan, Haanfiah, Zurin , Kamal adalah antara nama dari Terengganu yang kini berada di dalam kem skuad negara. SUKMA yang lalu, hanya Sharudin, Farhan, Fazil, Muqlis, Faizul, Ali dan Nazrin sahaja yang tidak beraksi untuk mana - mana negeri atas faktor usia. Ini bermaksud, hampir separuh dari pemain negara di barisi oleh pemain muda!


(Foto dari FB Mahadzer Mokhtar)
Iskandar Arshad dan Zabidi berada di tahap matang ketika mewakili negara


Seingat saya ketika menonton GP Perillys di Stadium Titiwangsa, pasukan Gemilang ketika itu dibarisi oleh pemain yang matang rata - ratanya berusia 23 ke atas. Ahmad Ezzat antara yang termuda ketika itu. Lapisan pemain yang terdiri dari 'abang - abang' ini memliki karektor pejuang tersendiri. 


(Foto dari FB Mahadzer Mokhtar)
Suhaimi Abdulrahman ketika mewakili negara. Perhatikan wajah pemain ini, nampak senioritinya


Kemudiannya, bagai ada kehilangan dalam generasi saya di mana ketika itu lapisan pemain negara bagai kurang menyerlah sehinggalah munculnya generasi Azlan Mubin dan Putra. Kemudiannya tenggelam semula dan kini, pemain yang beraksi di SUKMA 2012 saya lihat mampu menjadi generasi emas sepaktakraw. Dari usia 16 tahun, pemain berbakat seperti Meor (SM Gunung Rapat), Shahir (Mutiara Impian) sehinggalah ke lapisan Khairul Zaman dilihat mampu membawa sinar kepada negara.


Kejayaan memenangi acara antara regu ASEAN School baru - baru ini menerusi Aizat, Zaman dan apit kiri dari Perak (maaf saya lupa namanya) merupakan satu kejutan buat Siam yang telah mendominasi kejohanan itu sejak 1996. 


Mampukah tenaga muda ini menggalas harapan negara? Doakan bersama!

Saturday, July 21, 2012

MBR vs Media



Alhamdulillah..Satu perlawanan persahabatan di antara regu pilihan MBR menentang Media telah diadakan bertempat di Gimnasium 2 Bukit Jalil. Perlawanan yang diadakan ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim sesama rakan-rakan sepaktakraw...Insyaallah..

Temuramah bersama Zabidi Shariff

Alhamdulillah, akhirnya setelah sekian lama krew bolarotan bertemu juga dengan salah seorang lagenda yang sering disebut-sebut dalam sukan sepaktakraw iaitu Zabidi Shariff. Pertemuan yang singkat semasa Kejohanan Sepaktakraw KFC Utusan Zon Utara ini jelas memberi makna kerana terdapat sesuatu yang ingin dikongsikan beliau untuk semua. Saksikan video temuramah dibawah ini :

Thursday, July 19, 2012

T-Shirt Bolarotan kembali



Kini tampil dengan edisi Merah dan Biru, T-shirt Masyarakat Bolarotan boleh menjadi milik anda dengan harga RM15 saja sehelai. Hanya tambah RM5 untuk pos ke Semenanjung Malaysia dan RM10 untuk Sagah / Sarawak.

Sila private message saya di Facebook MBR.

Wednesday, July 18, 2012

Hasil Undian terkini Bolarotan

ASPEK APIT KIRI NEGARA YANG HARUS DIPERBAIKI - begitulah tajuk undian yang dijalankan di Bolarotan.com selama hampir sebulan dan hasilnya, 159 orang telah mengundi dan seperti dijangka aspek 1st Ball dan Kawalan Gelanggang menjadi pilihan pembaca.

Saya juga sependapat dalam hal ini dan ia dibuktikan dengan Super Series dan Piala Raja Thai baru - baru ini di mana Siriwat Saka menghalakan servis padunya kepada apit kiri dan 2 hasil berbeza iaitu, apabila ia berlaku antara Thailand menentang Korea Selatan, ia tidak seperti Thailand menentang Malaysia. Perhatikan sahaja apabila aksi Super Series di mana Siriwat mengubah kaedah servisnya dengan lambungan bola dari Pattrapong lebih rendah dan Siriwat menerkam ke arah bola seterusnya menyebabkan bola menuju kearah apit kiri. Faizul a.k.a Kontang ketika itu robek di hentam servis padu Siriwat.

Pattarapong juga mampu mematikan bola dengan pelbagai gaya

Tidak dinafikan barisan apit kiri sedia ada untuk skuad Malaysia adalah antara yang terbaik kini. Namun seperti undian yang  dijalankan, 2 aspek itu dilihat sebagai perkara yang harus diperbaiki untuk menyaingi pasukan lawan.

Perhatikan sahaja apit kiri Korea yang begitu baik permainannya. Selain mampu mengendalikan 1st Ball dengan baik, tackling dan juga susun atur bola dapat dilakukan dengan kemas membolehkan permainan menjadi lebih mudah. Perhatikan saja bagaimana Pattrapong menjadi nadi kepada pasukannya.

Bagaimanakah corak latihan yang perlu untuk mempertingkatkan kemahiran apit kiri Malaysia? Anda ada jawapannya? Kongsikan bersama Bolarotan.com

Wednesday, July 11, 2012

Kejohanan Sepaktakraw KFC Utusan 2012 Zon Utara

Alhamdulillah, akhirnya selesai sudah Kejohanan Sepaktakraw KFC Utusan 2012 Zon Utara baru-baru ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada regu-regu yang bertanding pada edisi kali ini. Secara keseluruhannya, regu-regu yang bertanding mempunyai peluang yang sama rata untuk menjadi johan pada edisi kali ini. Cuma yang menjadi tumpuan pada edisi kali ini adalah pada kategori bawah 12 tahun yang secara keseluruhannya regu-regu yang bertanding berjaya menonjolkan aksi serta permainan yang matang. Berbanding dengan edisi di Zon Selatan, pada edisi kali ini pemain-pemain dalam regu yang bertanding dalam kategori bawah 12 tahun menunjukkan aksi serta kemahiran yang tinggi. Sebagai contoh, dari aspek penerimaan bola pertama  dan mengumpan. Dapat dilihat pemain-pemain muda ini mampu untuk bermain secara tenang dan tidak gopoh. Dalam erti kata yang lain, apabila pihak lawan melakukan servis, mereka mampu untuk menerima bola yang pertama dan membuat umpanan untuk perejam melakukan libasan. Jadi jelas disini, terdapat ramai bakat-bakat muda yang boleh diketengahkan jika mendapat didikan dan pemantauan yang baik.

Video-video semasa kejohanan,

Perlawanan Akhir Kategori Terbuka


Rangkuman Akhir ( Bawah 12,16 dan 20 Tahun )


Rangkuman Hari Pertama ( Bawah 12,16 dan 20 Tahun )



Rangkuman Hari Kedua ( Terbuka )



Rangkuman Separuh Akhir ( Bawah 12,16,20 Tahun dan Terbuka )

Wednesday, July 4, 2012

Di mana Malaysia dalam ASTAF?

Telah berlangsung mesyuarat pemilihan jawatankuasa indul ASTAF atau Asia Sepaktakraw Federation usai ISTAF Super Series di Fashion Island Bangkok. Dalam pemilihan kali ini Dato Halim Kader berjaya mengekalkan jawatannya sebagai Presiden tanpa dicabar sesiapa. Ini sememangnyatelah dijangka. Namun apa yang memeranjatkan ialah ketiadaan langsung wakil dari Malaysia mengisi apa jua jawatan di dalam ASTAF! Apa sudah jadi?




Selepas Dato Salim tersingkir dari PSM, beliau juga yang menyandang jawatan Bendahari ASTAF sebelum ini telah 'ghaib' dari dunia sepaktakraw dan hanya bola jenama SALIM saja yang masih berada di dalam pasaran. Ketiadaan wakil Malaysia di dalam ASTAF bakal membawa padah kerana secara langsungnya kitabtidak memiliki suara dalam ASTAF. Hal ini berikutan edaran media yang telah pun diberikan kepada wartawan mengenai hasil mesyuarat yang lalu. 


Saya secara peribadi mengganggap ini adalah perkara serius dan Persatuan Sepatakraw Malaysia perlu mendapatkan penjelasan mengenai hal ini segera. Persoalan yang bermain difikiran saya sekarang ini ialah;
a. Adakah maklumat ini tersalah cetak?
b. Kenapa PSM langsung tiada dalam senarai walaupun hanya sebaia Council Members?
c. Adakah PSM tahu mengenai mesyuarat ini?
d. Adakah PSM hadir mesyuarat ini?


Berikut adalah siaran media rasmi ASTAF. 

PRESS RELEASE ASIAN SEPAKTAKRAW FEDERATION CONGRESS 3 JULY 2012, BANGKOK, THAILAND   

MR  Abdul Halim Bin Kader, President of Singapore Sepaktakraw Federation, (PERSES) was re-elected unopposed as President,  Asian Sepaktakraw Federation (ASTAF)for the 3rd consecutive term  this afternoon during the Asian Sepaktakraw Federation’s General Meeting. A total of 60 delegates from 21 countries from around ASIA attended the meeting held in the conference room at Chaleena Hotel, Bangkok, Thailand. The meeting was conducted in an orderly manner. The 60 delegates from all over Asia voted in a new council .  Details of the new council members from2012-2016 (4 years term) are as follows:  

PRESIDENT-   1. ABDUL HALIM KADER  SINGAPORE  (UNOPPOSED)  

DEPUTY PRESIDENTS -   
 1. PROF. CHALERM CHAIWATCHARAPORN       THAILAND 
 2. BASRI SIDEHABI                                        INDONESIA        

VICE PRESIDENTS     
1  MARIO TANCHANCO                                   PHILIPPINES    
2 T. NIZAM HAJIREEN                                    SRI LANKA 
3  WANG LI WEI                                           CHINA 
4  U CHIT KHINE                                           MYANMAR       
5  LEE QOEA GYU                                         KOREA 
6 YEH CHENG-YEN                                       CHINESE TAIPEI 
7 YOGENDER SINGH DAHIYA                          INDIA 
8  AZAD SOHRAB                                          I.R. IRAN   

SECRETARY GENERAL   
1. BOONCHAI LORHPIPAT                              THAILAND 

COUNCIL MEMBERS -      
1  PENGIRAN ALI HASSAN ABAS                       BRUNEI 
2  NOUSHAD AHMED KHAN                             PAKISTAN 
3  ALI FOULADI RAD                                     I.R. IRAN 
4  MISAWA MASARU                                      JAPAN 
5 SOMPHETH MAOPASEUTH                            LAOS 
6  SITARAM MASKEYI                                      NEPAL 
7  THANAWAT PRASONGCHAROEN                  THAILAND 
8  NGUYEN XUAN HANH                                 VIETNAM 
9  HUANG KAI                                               CHINA  

In his opening speech , Mr.  Abdul Halim Bin Kader commended INTERNATIONAL SEPAKTAKRAW FEDERATION (ISTAF) on the success of organizing the  International Sepaktakraw Federation World Cup and the International Super Series The series has gone from strength to strength, beginning with the first ever ISTAF World Cup in Kuala Lumpur in July 2011 and followed up by ISTAF Super Series events in Bangkok (September 2011), Palembang (February 2012) and Singapore (May 2012). 

With Thailand being one of the driving forces behind international sepaktakraw, it is only fitting that the competition should return for the final event of the season to Fashion Island in Bangkok, the scene of an excellent tournament nine months ago where fans packed the venue with all seats taken and standing room only on the Sunday as thousands witnessed two Thai victories.   

All tournaments have been televised and shown around the globe via ISTAF's extensive broadcasting footprint. The ISTAF Super Series Bangkok 2012 is to be shown on TrueVisions, Thailand's leading pay TV operator, who will broadcast matches on all four days of the Super Series, from 28 June – 1 July. The event is also being covered in its entirety on the sport's official website www.sepaktakraw.org while thousands of fans interact on a daily basis on the sport's Facebook community page. 

ISTAF and their partners UFA Sports Asia are looking to expand the global appeal of the ISTAF Super Series for the second season. ISTAF has a plan of establishing the sport on each continent. Sepaktakraw has started to be noticed around the world, thanks to the partnership ISTAF has forged with UFA Sports Asia.   Following up the level of attention it has attained thanks to the ISTAF Super Series and the ISTAF World Cup, our next step will be focusing on increasing the ISTAF memberships so that the appreciation of the sport will be elevated further and farther.   

Further and farther is set to see nations from Africa and also Central Asia joining the ISTAF ranks in the very near future. The ISTAF Super Series and ISTAF World Cup tournaments have been welcomed with great pride, and the sepaktakraw family salute the fact that it was a breakthrough for the sport .Countries as diverse as Germany and USA have already taken part in the ISTAF Super Series, and people are now eagerly awaiting the participation of new teams, particularly from Africa and Central Asia, as demonstrated by the number of countries constantly getting good reviews from UFA Sports' partner television companies and stations.   

With potential television viewership around the globe already surpassing the 750 million mark and the sport at grass-roots level going way beyond that, the profile of the sport has never been higher. With global expansion imminent, the ISTAF Super Series is set to spread sepaktakraw across all continents and redefine the future of the sport.   The newly elected President  Mr.  Abdul Halim, announced the establishment of sepaktakraw events and competitions for the physically- handicapped athletes.   Sports for the physically challenged athletes have been gaining momentum thru the years and has been recognized globally with the acceptance at the Paralympics . 

The goal is to promote, through sports, the well-being of the physically challenged athletes, helping them to live full and independent lives. Mr. Abdul Halim also stated that the sports of Sepaktakraw realized the potential that these athletes to make an impact in this sports as new and better training methodology have been developed over the last few years to enhance the players performance. Thus, sepaktakraw can be the next BIG thing that these athletes could participate and excel in. 

The objectives are as follows: 
• To provide the athletes/players with opportunities to train, participate and excel in sports for local, regional and international competitions; 
•  To enhance their lifestyles and integrate them into the community through recreational sports and activities; and 
•  To increase public awareness of and promote widespread support for the sporting and recreational needs MISSION “Created on the belief in the dignity, capability and value of persons, the mission is to enable the sports persons to realize their individual potential by providing them with the opportunity to participate and excel in sports both recreationally and competitively.” VISION “To maximize their true potential through sports based on the following framework” FUNDING SOURCE Funding including sponsors and partners from INTERNATIONAL SEPAKTAKRAW FEDERATION (ISTAF) and ASIAN SEPAKTAKRAW FEDERATION (ASTAF) members countries. ISTAF Secretariat will prepare and circulate support letters to the National Sepaktakraw Associations who will undertake this program under the abilities and change for the excellence for sharing and supporting the establishment of the Sepaktakraw for the physically challenged athletes to participate and excel in.   

Mr. Abdul Halim also announced that he had  a meeting  with the PRESIDENT OF ASSOCIATION OF NATIONAL OLYMPIC COMMITTEES OF AFRICA , General Lassana Balenfo held on the 21 June 2012. This meeting was attended by Mr. T.N Hajreen, Vice President ASTAF, Mr Boonchai Lorhpipat, Secretary General ASTAF, Mr. Muhammad Taufiq Abdul Halim, Assistant Secretary General, ISTAF.   General Lassana Balenfo is in charge of 54 countries in AFRICA. After watching the games for 2 days, he was impressed with the game. ASTAF assured him that ASTAF will do it best to assist AFRICA in setting up Sepaktakraw in AFRICA. 

ASTAF will also like extend our welcome to all African countries to participate in the King’s Cup in Thailand. ASTAF will also encourage AFRICA’s National Olympic Council to participate in our tournaments from time to time especially the tournaments. General Lassana Balenfo has requested that ASTAF send some sepaktakraw balls and equipment to be distributed in AFRICA. ASTAF are working with MARATHON and ASTAF to provide sepaktakraw equipment to the AFICA Association. ASTAF will also conduct referee and coaching courses to the AFRICA association in early part of 2013.