01 February 2013

Undian Pembaca - Kejohanan Terlalu Banyak Tidak Menjejaskan Prestasi

Seramai 65 orang pembaca telah mengambil bahagian dalam undian pembaca kali ini. Dengan bertajuk - Terlalu Banyak Kejohanan Mengakibatkan Prestasi Merudum, majoriti pembaca Bolarotan.com memilih untuk mengatakan bahawa ia tidak memberikan kesan buruk. 75% pembaca melihat bahawa terlalu kerap beraksi sebenarnya tidak menjejaskan prestasi.


Saya kurang pasti sama ada pembaca yang mengundi selalu terlibat dengan kejohanan atau tidak. Tetapi saya rasa jumlah kejohanan dan motivasi diri berkait rapat. Setujukah anda kalau saya katakan pencapaian di setiap kejohanan turut mempengaruhi motivasi diri? Bayangkan anda terlibat dengan 4 kejohanan berturut - turut dan semuanya tumpas dipusingan awal. Adakah anda akan lebih teruja dan bermotivasi selepas itu?
Mungkin ya mungkin juga tidak.

Walaubagaimana sekalipun, itulah hasil undian pembaca kali ini.

No comments:

Post a Comment