21 February 2013

Majlis Pelancaran Program Gemilang Warisan SK Bakri Batu 2 Muar Johor

Banner program

Bolarotan dan MBR kini maju setapak lagi dalam usaha membangunkan bakat pemain sepaktakraw di seluruh Malaysia. Terbaru, Krew Bolarotan dan beberapa ahli MBR telah memenuhi jemputan SK Bakri Batu 2 Muar melalui paparazzi Zon Selatan yang juga jurulatih sekolah itu iaitu Cikgu Fadzil Daud. 

SK Bakri Batu 2 Muar

Kami meninjau keadaan gelanggang yang baru sahaja siap tahun lalu

Program Gemilang Warisan ini secara mudahnya ialah satu program pembangunan bakat sepaktakraw anjuran sekolah berkenaan yang meletakkan pelajar semuda Darjah 1 hingga Darjah 3 untuk digilap sebagai pemain sepaktakraw berkaliber. Usaha proaktif ini oleh Cikgu Fadzli Daud dan disokong oleh orang kuat Kokurikulum sekolah berkenaan iaitu Cikgu Hamidi membolehkan program ini direalisasikan.

Sempat lagi bergambar

Seregu?

Antara pelajar yang hadir awal



Antara ibubapa yang hadir awal

Bermula pada jam 9.30 pagi, satu sesi taklimat oleh Presiden MBR mengenai Kerjaya Dalam Sukan Sepaktakraw telah disampaikan kepada ibu bapa pelajar terbabit. Sepengetahuan saya, ini ialah julung - julung kalinya pendekatan sebegini di buat yang mana penjelasan terhadap ibu bapa mengenai peluang kerjaya yang terhidang buat anak - anak mereka sekiranya anak - anak ini cemerlang di dalam sukan sepaktakraw. Ini sangat penting kerana hambatan sukan lain yang lebih lumayan mengakibatkan ibu bapa tidak melihat sukan sepaktakraw sebagai satu sukan berprospek tinggi.

En. Hamidi

Presiden MBR menyampaikan taklimat

Cikgu Fadzil siap berpantun

Dibuka dengan bacaan doa

Ucapan perasmian oleh En. Hamidi

Taklimat oleh Setiausaha Penerangan MBR

Slot kedua pula dikendalikan oleh Setiausaha Penerangan MBR iaitu Norsyahriman Arif yang juga kakitangan Universiti Putra Malaysia. Beliau menyampaikan taklimat mengenai Peluang Pengajian Ke IPT bagi pemain sepaktakraw, Pelbagai aspek berkaitan, kelayakan, peluang, tahap kelayakan dan sebagainya disentuh dalam slot ini. Ini juga sebagai satu ransangan kepada ibu bapa supaya melihat sukan sebagai satu alternatif untuk layak masuk ke IPTA.




Program Gemilang Warisan ini dilancarkan secara rasminya oleh En. Hamidi dan sempat juga kami berbual panjang dengan beliau selepas selesai acara itu. Pada sesi petangnya pula Siri MBR Turun Gelanggang berlangsung di sekolah yang sama.

Timbalan Presiden MBR - Saiful Azam menunjukkan teknik servis













Dengan kehadiran nama - nama besar di MBR seperti Saiful Azam, Zahir Zidane, Din Feeder, Mat Rock dan Bro M, sesi kendalian Norsyahriman ini berlangsung dengan jayanya. Malang sekali hujan turun lebat secara tiba - tiba menyebabkan sesi terpaksa di tamatkan lebih awal. Sempat juga ahli MBR berkongsi beberapa teknik latihan yang sesuai untuk peringkat pelajar ini dan diharapkan ahli MBR dari Parit Amal dapat menjenguk adik - adik ini bagi membantu proses pembelajaran mereka.

Syabas dan tahniah saya ucapkan pada Cikgu Fadzil Daud, Cikgu Hamidi dan mereka yang terlibat dalam program ini. Diharapkan sekolah - sekolah lain akan cuba mengikut langkah ini bagi menyemarakkan lagi sukan sepaktakraw di negara kita.

16 February 2013

SJG Muar

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana limpah kurnianya dapat kami menjejakkan kaki ke Muar. Program Siri Jelajah Gelanggang pada kali ini singgah di Parit Amal, Muar dengan membawa beberapa nama besar seperti saudara Saiful Azam ( tekong anai-anai ), Bob ( jurulatih UPM ), Mat Rock ( tekong silang ), Din Feeder, Bro M ( tekong servis oduk ), Zahir Zidane ( badik ), dan Brader Joy ( Jurufoto makanan ).


Terima kasih diucapkan kepada saudara Fadzil Daud yang menyediakan segala kelengkapan serta keperluan kami disana. Tidak lupa juga kepada warga Parit Amal yang sudi melayani kunjungan kami di sana. Lebih bermakna, satu perlawanan persahabatan dapat diadakan walaupun terpaksa berpindah tempat. Kami krew-krew MBR mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini khususnya kepada warga Muar. Semoga hubungan silaturrahim yang dijalinkan akan bertambah erat dan diberkati oleh ALLAH SWT, Insyaallah..

13 February 2013

Regu emas curah ilmu sepaktakraw

PULAU INDAH, PELABUHAN KLANG - Biarpun pencapaian skuad sepaktakraw negara masih hambar kebelakangan ini selain dihimpit masalah dalaman persatuan kebangsaan, tiga bekas jaguhnya tetap berazam untuk menyuburkan sukan warisan ini dalam Festival Belia Klang 2013 di Pulau Indah, Pelabuhan Klang, Selangor semalam. 

Kepada kira-kira 300 pelajar berusia tujuh hingga 18 tahun dari sekolah sekitar pulau itu, dua anggota regu juara Sukan SEA 2005 - Normanizam Ahmad dan Mohd. Futra Abd. Ghani selain Ariff Ramli, menurunkan ilmu sepaktakraw dengan hasrat mencungkil lebih ramai bakat muda yang mampu mengikut jejak mereka, satu hari nanti.

Trio sepaktakraw yang kali terakhir mewakili negara pada Sukan Asia Guangzhou 2010 ini, memberikan tunjuk ajar teknik asas permainan dalam klinik sukan sempena festival sehari anjuran Majlis Perbandaran Klang (MPK) dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Selangor ini.

Sukan lain yang menyertai klinik sempena festival yang menyahut kempen Kementerian Pelajaran untuk melahirkan ‘Satu Murid Satu Sukan’ ini ialah bola sepak dan olahraga yang turut mengundang bekas pelari 400 meter negara, Zaiful Zainal Abidin. 

Program ini akan menjadi satu sejarah buat belia dan kanak-kanak di bandar berkenaan kerana berpeluang mendekati  pemain sepaktakraw dan olahraga  yang pernah mengharumkan nama Malaysia dengan memenangi pingat emas dan perak  di peringkat antarabangsa.Turut diadakan ialah perlawanan persahabatan antara trio bekas pemain negara dengan regu Pilihan Pulau Indah.

Kata Pengerusi Penggerak Belia Tempatan MPK, Mohd. Zuraidi Komari, klinik melibatkan tiga sukan ini merupakan langkah pertama pihaknya yang melibatkan kerjasama dengan bekas atlet negara yang bakal disusuli pula dengan program jelajah amal membantu golongan anak yatim dan kurang berkemampuan.


 

TRIO bekas pemain sepaktakraw negara bergambar dengan regu Pilihan Pulau Indah sebelum perlawanan persahabatan sempena Klinik Sukan Festival Belia Klang 2013 anjuran MPK di pulau itu.


 

MOHD. Futra Abd. Ghani (kiri) menerima cenderamata penghargaan daripada Mohd. Zuraidi Komari selepas Klinik Sukan Sepaktakraw Festival Belia Klang 2013 di Pulau Indah, Pelabuhan Klang, Selangor.


 

PELAJAR-PELAJAR sekolah sekitar Pulau Indah, Pelabuhan Klang, Selangor melaungkan sorakan semangat sebelum memulakan Klinik Sukan Sepaktakraw Festival Belia Klang 2013 di pulau itu. 

 

MOHD. Futra Abd. Ghani (kanan) melambungkan bola untuk ditimang seorang pelajar perempuan yang juga peserta Klinik Sukan Festival Belia Klang 2013 di Pulau Indah, Klang, Selangor

02 February 2013

UM Open 2013 Video Update Pukul 6.35pm

UNIMAP vs Bukit Putra B berakhir dengan kemenangan UNIMAP 2-1




Keputusan semasa :

BUKIT PUTRA B 1-2 UNIMAP
MPSJ C 2-1 INFRATEL B

KARISMA A 2-1 NILAM PURI A
RISDA A 1-2 TKP A

Update UM Open - Foto pusingan kedua dan ketiga

tie break

gulung

blocking tepat



keras tekong nie..


dari posisi feeder ke pengadil perlawanan






bersedia

am, najib dan amy