Banner program
Bolarotan dan MBR kini maju setapak lagi dalam usaha membangunkan bakat pemain sepaktakraw di seluruh Malaysia. Terbaru, Krew Bolarotan dan beberapa ahli MBR telah memenuhi jemputan SK Bakri Batu 2 Muar melalui paparazzi Zon Selatan yang juga jurulatih sekolah itu iaitu Cikgu Fadzil Daud.
SK Bakri Batu 2 Muar
Kami meninjau keadaan gelanggang yang baru sahaja siap tahun lalu
Program Gemilang Warisan ini secara mudahnya ialah satu program pembangunan bakat sepaktakraw anjuran sekolah berkenaan yang meletakkan pelajar semuda Darjah 1 hingga Darjah 3 untuk digilap sebagai pemain sepaktakraw berkaliber. Usaha proaktif ini oleh Cikgu Fadzli Daud dan disokong oleh orang kuat Kokurikulum sekolah berkenaan iaitu Cikgu Hamidi membolehkan program ini direalisasikan.
Sempat lagi bergambar
Seregu?
Antara pelajar yang hadir awal
Antara ibubapa yang hadir awal
Bermula pada jam 9.30 pagi, satu sesi taklimat oleh Presiden MBR mengenai Kerjaya Dalam Sukan Sepaktakraw telah disampaikan kepada ibu bapa pelajar terbabit. Sepengetahuan saya, ini ialah julung - julung kalinya pendekatan sebegini di buat yang mana penjelasan terhadap ibu bapa mengenai peluang kerjaya yang terhidang buat anak - anak mereka sekiranya anak - anak ini cemerlang di dalam sukan sepaktakraw. Ini sangat penting kerana hambatan sukan lain yang lebih lumayan mengakibatkan ibu bapa tidak melihat sukan sepaktakraw sebagai satu sukan berprospek tinggi.
En. Hamidi
Presiden MBR menyampaikan taklimat
Cikgu Fadzil siap berpantun
Dibuka dengan bacaan doa
Ucapan perasmian oleh En. Hamidi
Taklimat oleh Setiausaha Penerangan MBR
Slot kedua pula dikendalikan oleh Setiausaha Penerangan MBR iaitu Norsyahriman Arif yang juga kakitangan Universiti Putra Malaysia. Beliau menyampaikan taklimat mengenai Peluang Pengajian Ke IPT bagi pemain sepaktakraw, Pelbagai aspek berkaitan, kelayakan, peluang, tahap kelayakan dan sebagainya disentuh dalam slot ini. Ini juga sebagai satu ransangan kepada ibu bapa supaya melihat sukan sebagai satu alternatif untuk layak masuk ke IPTA.
Program Gemilang Warisan ini dilancarkan secara rasminya oleh En. Hamidi dan sempat juga kami berbual panjang dengan beliau selepas selesai acara itu. Pada sesi petangnya pula Siri MBR Turun Gelanggang berlangsung di sekolah yang sama.
Timbalan Presiden MBR - Saiful Azam menunjukkan teknik servis
Dengan kehadiran nama - nama besar di MBR seperti Saiful Azam, Zahir Zidane, Din Feeder, Mat Rock dan Bro M, sesi kendalian Norsyahriman ini berlangsung dengan jayanya. Malang sekali hujan turun lebat secara tiba - tiba menyebabkan sesi terpaksa di tamatkan lebih awal. Sempat juga ahli MBR berkongsi beberapa teknik latihan yang sesuai untuk peringkat pelajar ini dan diharapkan ahli MBR dari Parit Amal dapat menjenguk adik - adik ini bagi membantu proses pembelajaran mereka.
Syabas dan tahniah saya ucapkan pada Cikgu Fadzil Daud, Cikgu Hamidi dan mereka yang terlibat dalam program ini. Diharapkan sekolah - sekolah lain akan cuba mengikut langkah ini bagi menyemarakkan lagi sukan sepaktakraw di negara kita.































Well done MBR! We need more reach out programmes like this in the future.
ReplyDeleteHarap bole dilakukn di langkawi
ReplyDelete