16 February 2013

SJG Muar

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana limpah kurnianya dapat kami menjejakkan kaki ke Muar. Program Siri Jelajah Gelanggang pada kali ini singgah di Parit Amal, Muar dengan membawa beberapa nama besar seperti saudara Saiful Azam ( tekong anai-anai ), Bob ( jurulatih UPM ), Mat Rock ( tekong silang ), Din Feeder, Bro M ( tekong servis oduk ), Zahir Zidane ( badik ), dan Brader Joy ( Jurufoto makanan ).


Terima kasih diucapkan kepada saudara Fadzil Daud yang menyediakan segala kelengkapan serta keperluan kami disana. Tidak lupa juga kepada warga Parit Amal yang sudi melayani kunjungan kami di sana. Lebih bermakna, satu perlawanan persahabatan dapat diadakan walaupun terpaksa berpindah tempat. Kami krew-krew MBR mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini khususnya kepada warga Muar. Semoga hubungan silaturrahim yang dijalinkan akan bertambah erat dan diberkati oleh ALLAH SWT, Insyaallah..

2 comments:

  1. Ass' kum....teruja rasanya melihat semua krew2 MBR beraksi...bila pula krew2 MBR nak datang ke Temerloh Pahang boleh kita memeriahkan lagi sukan sepak takraw dengan adanya program yang macam ni di Kelab K2S Desa Murni . Apa pun syabas utk krew2 MBR........
    P/s: semakin seronok rasanya sejak join ngan geng2 takraw ni...

    ReplyDelete