10 March 2013

Kulim Open 2013 Update - Day 2

Malam tadi perlawanan berakhir lebih kurang jam 1 pagi. Pagi ini pada jam 9 pemain telah pun bersedia ke gelanggang. Pusingan ketiga baru saja bermula dan memasuki perlawanan ke 7 dan 8. Shahir Panjang akan masuk ke gelanggang sekarang ini. Manakala Meor, Imeiy dan Norhisham Ghani baru sahaja tumpas 0-2 kepada regu Junjung yang membariskan seorang lagi tekong sensasi Pulau Pinang iaitu Syed yang dibantu oleh bekas apit kiri Kedah iaitu Mat Rani. Menariknya perlawanan ini ialah bukan sekadar tekong berentap dengan tekong tetapi lebih dilihat sebagai persaingan Norhisham Ghani menentang Mat Rani. Ada satu ketika  dimana Syed melakukan drop nipis pada Norhisham dan beliau bersusah payah mendapatkan bola itu. Tatkala bola itu lepas ke gelanggang sebelah Mat Rani terus meluru dan melakukan aksi gulungan dan disambut dengan sorakan penonton!

Saksikan sedikit rakaman perlawanan itu dan foto di bawahnya.


Norhisham Ghani mengadu sesuatu pada pengadil

Mungkin beliau sakit perut?

Imey dan Meor

Meor kurang menjadi kali ini

Syam Halim a.k.a K.E

Infratel v Warisan AZ


Syed Mutiara Impian


Mat Rani



No comments:

Post a Comment