19 May 2013

’QK2 2109: SEPAK TAKRAW OPEN SERIES 2013’





1.     BUTIR KEJOHANAN
            Tarikh               : 2 Jun 2013 (Ahad Sahaja)
            Masa                : 8.30 Pagi sehingga tamat kejohanan
           Tempat          : Dewan Serbaguna Pusat Sukan UPM (Permukaan Lantai Rubberised)

2.     PENYERTAAN
Terbuka kepada semua golongan masyarakat yang berminat. Borang penyertaan beserta bayaran akan diterima sebagai pengesahan penyertaan. Pihak penganjur berhak menolak mana-mana permohonan yang lewat atau tidak lengkap.

3.     PENDAFTARAN PEMAIN.
3.1  Setiap regu hanya dibenarkan diwakili seorang pemain yang pernah mewakili Negara atau Negeri di peringkat GP Kebangsaan/Piala Emas/Super Siri pada tahun 2012 ke bawah. Bagi pemain yang pernah mewakili negeri di peringkat GP Kebangsaan dan Super Siri bagi kategori belia tidak dikira sebagai pemain negeri. Pemain yang mewakili SUKMA dan MAKSAK serta berusia 40 tahun juga terkecuali daripada diiktiraf sebagai pemain negeri.
3.2  Satu regu mengandungi 4 orang pemain.
3.3  Mana-mana pasukan yang didapati melanggar syarat akan dikenakan tindakan seperti berikut :
3.3.1       Penyertaan dibatalkan sebelum pertandingan bermula sekiranya dikesan awal melanggar syarat
3.3.2       Penganjur berhak membatalkan penyertaan dan keputusan sekiranya didapati pasukan berkenaan melanggar syarat walaupun tanpa bukti bertulis (kuasa penganjur)
3.3.3       Bantahan akan diproses dan diterima walaupun tiada bukti bertulis dengan mengambil kira asas lain (kuasa penganjur)
* Peserta digalakkan mematuhi syarat permainan dengan mengambil kira pematuhan syarat oleh peserta lain.

4.     HADIAH (UNTUK 4 ORANG SAHAJA)
1. Johan                       : Tunai 1000.00+Hamper+4 unit kad prabayar Tunetalk
2. Naib Johan                : Tunai 700.00+Hamper+4 unit kad prabayar Tunetalk
3. Ketiga                       : Tunai 300.00+Hamper+4 unit kad prabayar Tunetalk
4. Keempat                   : Tunai 300.00+Hamper+4 unit kad prabayar Tunetalk

5.     SYARAT & FORMAT PERTANDINGAN
Mengikut peraturan Sepaktakraw yang ditetapkan oleh PSM. Format pertandingan adalah Kalah-Singkir dan menggunakan sistem kiraan mata 15.

6.     BAYARAN
 Bayaran penyertaan sebanyak RM 80.00 setiap regu. Bayaran berbentuk tunai dan boleh dibuat    
 sebelum atau pada hari  kejohanan.

7.     TARIKH TUTUP PENYERTAAN & PENGUNDIAN
Tarikh tutup penyertaan ialah pada jam 8.30 pagi, 2 Jun 2013 . Walaubagaimanapun pengesahan awal digalakkan supaya memastikan kesahihan penyertaan. Undian akan dijalankan 2 Jun 2013, jam 9.00 pagi, bertempat di Dewan Serbaguna, Pusat Sukan UPM, Stadium UPM.

8.     PERTANYAAN & PENGESAHAN PENYERTAAN
      Sebarang pertanyaan dan pengesahan penyertaan sila hubungi:
      Saudara Iqbal                                              -           017-2792720
     Saudara Zharif                                            -           014-2627331
     Saudara Apak                                             -           013-7412398

      No Fax : 03-0389464289

9.  PINDAAN
Pihak penganjur berhak membuat sebarang pindaan atau memutuskan sebarang perkara yang tidak dinyatakan di dalam peraturan kejohanan dan keputusan penganjur adalah muktamad.

BORANG PENDAFTARAN PASUKAN
’QK2 2109: SEPAK TAKRAW OPEN SERIES 2013’

Penganjur,
Kelas QKS 2109-Subjek Ko-Kurikulum Berkredit
Pusat Sukan UPM
Universiti Putra Malaysia
Kompleks Sukan Leboh Silikon
43400 Serdang
Selangor
(Fax No : 03-89464289)