1.
BUTIR
KEJOHANAN
Tarikh : 2 Jun 2013 (Ahad Sahaja)
Masa : 8.30 Pagi sehingga tamat
kejohanan
Tempat :
Dewan Serbaguna Pusat Sukan UPM (Permukaan
Lantai Rubberised)
2.
PENYERTAAN
Terbuka
kepada semua golongan masyarakat yang berminat. Borang penyertaan beserta
bayaran akan diterima sebagai pengesahan penyertaan. Pihak penganjur berhak
menolak mana-mana permohonan yang lewat atau tidak lengkap.
3.
PENDAFTARAN
PEMAIN.
3.1
Setiap
regu hanya dibenarkan diwakili seorang pemain yang pernah mewakili Negara atau
Negeri di peringkat GP Kebangsaan/Piala Emas/Super Siri pada tahun 2012 ke
bawah. Bagi pemain yang pernah mewakili negeri di peringkat GP Kebangsaan dan
Super Siri bagi kategori belia tidak dikira sebagai pemain negeri. Pemain yang
mewakili SUKMA dan MAKSAK serta berusia 40 tahun juga terkecuali daripada
diiktiraf sebagai pemain negeri.
3.2
Satu
regu mengandungi 4 orang pemain.
3.3
Mana-mana
pasukan yang didapati melanggar syarat akan dikenakan tindakan seperti berikut
:
3.3.1 Penyertaan
dibatalkan sebelum pertandingan bermula sekiranya dikesan awal melanggar syarat
3.3.2 Penganjur
berhak membatalkan penyertaan dan keputusan sekiranya didapati pasukan
berkenaan melanggar syarat walaupun tanpa bukti bertulis (kuasa penganjur)
3.3.3 Bantahan
akan diproses dan diterima walaupun tiada bukti bertulis dengan mengambil kira
asas lain (kuasa penganjur)
* Peserta
digalakkan mematuhi syarat permainan dengan mengambil kira pematuhan syarat
oleh peserta lain.
4.
HADIAH
(UNTUK 4 ORANG SAHAJA)
1. Johan : Tunai 1000.00+Hamper+4
unit kad prabayar Tunetalk
2. Naib Johan : Tunai 700.00+Hamper+4 unit kad
prabayar Tunetalk
3. Ketiga : Tunai 300.00+Hamper+4
unit kad prabayar Tunetalk
4.
Keempat : Tunai 300.00+Hamper+4
unit kad prabayar Tunetalk
5.
SYARAT
& FORMAT PERTANDINGAN
Mengikut
peraturan Sepaktakraw yang ditetapkan oleh PSM. Format pertandingan adalah
Kalah-Singkir dan menggunakan sistem kiraan mata 15.
6.
BAYARAN
Bayaran penyertaan sebanyak RM 80.00 setiap regu. Bayaran
berbentuk tunai dan boleh dibuat
sebelum atau pada hari kejohanan.
7.
TARIKH
TUTUP PENYERTAAN & PENGUNDIAN
Tarikh tutup penyertaan
ialah pada jam 8.30 pagi, 2 Jun 2013 . Walaubagaimanapun
pengesahan awal digalakkan supaya memastikan kesahihan penyertaan. Undian
akan dijalankan 2 Jun 2013, jam 9.00
pagi, bertempat di Dewan Serbaguna, Pusat Sukan UPM, Stadium UPM.
8.
PERTANYAAN
& PENGESAHAN PENYERTAAN
Sebarang pertanyaan dan pengesahan penyertaan sila hubungi:
Saudara Iqbal - 017-2792720
Saudara Zharif - 014-2627331
Saudara Apak - 013-7412398
No Fax : 03-0389464289
9. PINDAAN
Pihak
penganjur berhak membuat sebarang pindaan atau memutuskan sebarang perkara yang
tidak dinyatakan
di dalam peraturan kejohanan dan keputusan penganjur adalah muktamad.
BORANG
PENDAFTARAN PASUKAN
’QK2 2109: SEPAK
TAKRAW OPEN SERIES 2013’
Penganjur,
Kelas QKS 2109-Subjek Ko-Kurikulum
Berkredit
Pusat Sukan UPM
Universiti Putra Malaysia
Kompleks Sukan Leboh Silikon
43400 Serdang
Selangor
(Fax No : 03-89464289)
No comments:
Post a Comment