25 June 2013

Laporan Kejohanan Sepaktakraw MBPJ Terbuka Petaling Jaya 2013

Alhamdulillah, Kejohanan Sepaktakraw MBPJ Terbuka Petaling Jaya 2013 telah berjaya dilangsungkan pada 22 - 23 Jun 2013 di Kompleks Sukan MBPJ, Petaling Jaya.

Secara keseluruhannya, kejohanan pada kali ini dianggap yang terbaik berbanding edisi terdahulu kerana beberapa penambah baikan telah dibuat oleh pihak penganjur.

Regu-regu yang bertanding pada kejohanan kali ini, dibarisi oleh pemain-pemain yang berpengalaman dan mempunyai kemahiran individu yang tinggi. Justeru itu, tidak hairanlah aksi-aksi yang dipamerkan sudah pasti berjaya menggamit perhatian para penonton yang hadir.

Perlawanan akhir telah menemukan dua regu handalan iaitu PKNS yang dibarisi oleh Ahmad Sufi, Norsyahrudin dan Nasuha menentang PDRM A yang dibarisi Normanizam,Futra Ghani dan Arif.

Regu PKNS telah berjaya memenangi set pertama dengan mata 15-13. Pertarungan dua bekas tekong negara ini jelas menunjukkan walaupun sudah tidak beraksi di dalam skuad negara, ternyata mereka masih hebat dan ampuh untuk digugat.

Memasuki set kedua, rentak permainan sudah mula berubah. Kedua-dua perejam sudah mula menunjukkan aksi-aksi rejaman yang sungguh bertenaga dan berstrategi ditambah dengan kebijakan pengumpan untuk melarikan bola dari hadangan pihak lawan. Akhirnya, set kedua ini masih lagi berpihak kepada regu PKNS yang memenangi set kedua dengan mata 15-14.

Ternyata perlawanan akhir telah berjaya memercikkan api kemeriahan kejohanan kali ini. Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur dan barisan pengadil yang telah menjayakan kejohanan ini.

Berikut merupakan keputusan penuh kejohanan :

Johan 
PKNS menerima wang tunai RM4000 bersama Piala Pusingan dan Piala Iringan serta Mock Cheque

N.Johan 
PDRM A menerima wang tunai RM2000

Ketiga 
Bukit Putra C dan 24 RAMD A masing-masing menerima wang tunai RM1000

Pemain Terbaik
Tekong : Ahmad Sufi Md Hashim (PKNS) menerima wang tunai RM200
Apit Kanan : Norshahrudin Md Ghani (PKNS) menerima wang tunai RM200
Apit Kiri : Arif Ramli (PDRM) menerima wang tunai RM200

 

 


fokus

regu kemaman

ramd

servis ejay meletup


wak dan rakan seregu

regu uitm

banner kejohanan

syam mewakili regu pdrm

sedia  !!!

mata !!!

regu bukit putra

lain macam servis tekong pdrm ini

solid!!

keras!!!

No comments:

Post a Comment