31 July 2013

57% Tidak Setuju!

Berdasarkan undian terkini di Bolarotan.com, 57% dari pengundi tidak bersetuju sama sekali langkah PSM tidak meletakkan sasaran emas bagi Sukan SEA akan datang. 7% tidak pasti dan selebihnya bersetuju. Apabila sasaran ini diletakkan, saya sendiri juga berasa kurang senang kerana ia secara moralnya melemahkan semangat pemain dan juga penyokong. Sekiranya anda berada di tempat pemain, apa perasaan anda?

Tapi secara realistiknya juga, ia bagaikan satu sasaran yang paling tinggi boleh diletakkan kerana berdasarkan prestasi semasa, kita terpaksa mengakui tahap permainan skuad negara masih jauh berbanding Thailand.

Kekalahan terbaru kepada Myanmar juga bagaikan satu tamparan buat kita. Myanmar yang hanya membariskan satu regu senior dan selebihnya pelapis masih gagal ditangani oleh pasukan negara. Menang 2-1 pada peringkat liga dan tumpas 1-2 pada aksi akhir memberikan gambaran persediaan negara yang perlukan satu Viagra segera untuk mengelakkan sekurang - kurangnya pulang dengan tangan kosong kerana Indonesia juga sangat kental kali ini.

Apa pendapat anda? 


1 comment:

  1. Kita tak boleh guna Viagra, tegang hanya sekejap aje... kita mahu yang tahan lama dan terus kuat... hehehe... :P

    Pembikinan skuad negara yang mantap perlukan masa, komitmen 300% dari semua pihak. Ketepikan ego dan kuasa mutlak. Semua kena berkorban. Pemain muda kita berbakat, cuma perlu digilap dan dididik mental/attitude mereka. Sokong kebajikan mereka.

    ReplyDelete