23 August 2013

Laporan MASUM 2013 - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Berakhir tadi, MASUM 2013 yang bertempat di UIAM dan seperti dijangka, UITM mengekalkan status mereka sebagai pasukan terunggul IPT di negara ini. Dengan barisan pemain hebat yang rata - ratanya berstatus negeri, UITM sukar digugat meskipun sorakan penyokong agak mempengaruhi prestasi pemain tadi.

UITM bertemu UPSI pada persaingan akhir yang agak anti klimaks kerana pada perkiraan tahap permainan, pertembungan UITM dan UPM dilihat lebih sensasi. Namun, kedudukan dalam kumpulan mengakibatkan UPM bergasak awal dengan UITM dan UITM menumpaskan UPM 2-1 disaingan suku akhir.

Pertembungan UITM dan UPSI pula adalah ulangan perlawanan peringkat kumpulan dan kemampuan regu - regu UITM tidak dapat disangkal lagi. Kederasan servis Halim dan Syam sahaja sudah sangat berbeza namun UPSI yang dibantu dengan sorakan hampir 100 penyokong dan paluan gendang berjaya mengimbangi perlawanan meskipun mereka tumpas 0-2.

Sementara itu ditempat ketiga dan keempat pula menyaksikan kejutn di mana UTHM, yang mana sebelum ini agak kurang menonjol berjaya menundukkan UM dengan 2-0. Regu kedua beraksi sengit dan kemenangan mereka disambut dengan sujud dan doa oleh pemain - pemain yang dikendalikan oleh Tekong Johor, Halim yang juga kakitangan UTHM. Saksikan rangkuman foto dan sedikit sedutan awal perlawanan akhir.


Lagi foto dan video akan dimuat naik oleh Khairul Faiezin 

Bersedia sebelum bergasak

Paparazzi juga busy!


Model UPSI


Tekong UM


Saya cikgu! ehh..

Najib agak kurang menyerlah pada final kali ini


Syam a.k.a Bob semakin mengganas walaupun cedera

Amirul sebagai apit kanan utama UITM

Aksi tenang Amirul a.k.a Tompel sangat membantu pasukannya





Jurulatih UPSI

Jurulatih UITM

Undian dikendalikan oleh Saiful Azam

Aksi tekong regu pertama UTHM

Barisan pengadil final regu pertama


Penyokong UPSI yang sangat bersemangat

Tekong regu pertama UPSI memiliki servis yang nampak senang tapi sebenarnya mengelirukan






Apit kanan UM (kuning) dari Terengganu





Halim - juga dari Terengganu









Pemain UTHM sujud tanda syukur



Halim dijulang kerana berjaya membawa UTHM ke tahap ini











Tuan Fauzilan juga bertugas


1 comment:

  1. Hebat bakat2 muda ni. Harus digilap dan groom utk menjadi pemain yg berbisa dan boleh mewakili negara. Pelajar2 IPT (with due respect to non-IPT players) mungkin memiliki minda yg lebih matang dan mudah dibentuk/dididik kerana mereka berstatus pelajar.

    ReplyDelete