01 August 2013

Perlawanan Akhir Kejuaraan Sepaktakraw 5 Negara 2013

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana mengizinkan saudara khairul faiezin untuk membuat rakaman perlawanan akhir bagi Kejuaraan Sepaktakraw 5 Negara 2013 yang berlangsung di MSN Keramat baru-baru ini. Memandangkan tiada siaran langsung yang ditayangkan oleh mana-mana stesen televisyen, pihak Bolarotan Media n Publication telah menghantar saudara Khairul Faiezin bagi membuat rakaman video untuk memberi peluang kepada peminat-peminat sepaktakraw tanah air yang tidak berpeluang menghadirkan diri ke tempat berlangsungnya kejohanan.

Perlawanan akhir ini menemukan 2 pasukan handalan, iaitu Malaysia A menentang Myanmar. Perlawanan ini berpihak kepada Myanmar yang berjaya menundukkan Malaysia A dengan 2 - 1.

No comments:

Post a Comment